
Pada 12 Disember 2011,murid-murid SK Bangsar seramai 18 orang yang terdiri daripada Tahun 5 dan 6 serta 5 orang guru pengiring iaitu Cikgu Wan Rosdan, Cikgu Sarimah, Encik Hafiz, Ustazah Ani Syaliza dan Cikgu Norhazalina diberi peluang melihat lebih dekat Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke13. Murid-murid melihat dan melambai serta melaungkan "Daulat Tuanku" di tepi Jalan Parlimen. Murid-murid dapat melihat lebih dekat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta Perdana Menteri Malaysia .

Murid-murid sekolah berbaris di Jalan Parlimen menunggu ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.



Rakyat jelata memberi penghormatan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam Istiadat Keberangkatan Balik.
No comments:
Post a Comment