Flipbook.

Saturday, April 6, 2013

PAMERAN BERTEMA TEKSTIL

1.0         PENDAHULUAN
1.1         Pengenalan
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai seni tekstil yang beridentitikan Malaysia sendiri.Tekstil merupakan bahan fleksibel yang diperbuat daripada tenunan benang. Tekstil dibentuk dengan cara penyulaman, penjahitan, pengikatan, dan cara pressing. Istilah tekstil dalam pemakaiannya sehari-hari sering disamakan dengan istilah kain.
Hasil pameran daripada tekstil yang diguna pakai oleh pelbagai kaum dari masa silam sehingga sekarang.Tekstil yang dihasilkan oleh penduduk tempatan di Malaysia seperti songket, batik, pua dan banyak lagi.
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti  soalan kuiz, pertandingan mewarna corak batik dan pengunjung bertuah . Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai tekstil.
1.2         Rasional
Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.
1.3         Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
1.3.1   memupuk minat membaca di kalangan pelajar .
1.3.2 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari
pengalaman pameran yang dijalankan,
            1.4       Objektif
                        Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
1.4.1     memelihara, memulihara dan mengekalkan kewujudan warisan tekstil tradisional melalui pemupukan minat dan penghayatan dikalangan generasi baru, khususnya warga SK Bangsar.
1.4.2     memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang hasilan pembuatan tekstil di Malaysia.
1.4.3     belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
1.5       Kumpulan Sasaran
            Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
1.5.1     Semua warga SK Bangsar
2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN
Penasihat                              : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina binti Yasak –GPK HEM
                                                  Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanma Rajasegaran
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Cik Nor Asiah Bt Bidin
Naib Setiausaha                  : Pn Cik Norhamizah Binti Omar
Bendahari                             :  Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera                           :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK     Hadiah                       : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                  Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
                                                  Pengawas Pusat Sumber
3.0         AKTIVITI PAMERAN
            3.1       Pameran bahan maujud kain pua, batik, samarinda dan sutera.
            3.2       Maklumat mengenai  permainan tradisional dari segi asal-usul.
            3.3       Soalan kuiz terkumpul
            3.4       Pengunjung bertuah
            3.5       Pertandingan mewarna corak batik bunga dan abstrak
            3.6       Pameran buku berkaitan tekstil
4.0         TEMPAT PAMERAN
4.1         Pusat Sumber Sekolah 
5.0         PERALATAN
Papan pameran, kertas A4, plastik liminate, paku tekan, polisterin warna, buku-buku permainan tradisional dan maklumat daripada internet.
6.0       TARIKH PAMERAN
Jangka masa pameran  adalah :
Tarikh             :           8 - 30 April 2013
7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Anggaran Pembelian Hadiah
i.              Kuiz Tahap 1                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
ii.            Kuiz Tahap 2                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
iii.           Pengunjung bertuah          10 orang x RM 5.00 =RM 50.00
Tahap 1 – 5 orang murid
Tahap 2 – 5 orang murid
Jumlah = RM 50.0
iv.           Pertandingan Mewarna Tahap 1  - 10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
v.            Pertandingan Mewarna Tahap 2 - 10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN                                RM 194.00
7.2 Bajet
Bil
Bahan
Jumlah
1.
Hadiah
RM 194.00
2.
Gambar
RM 40.00
3.
Dokumentasi
RM 30.00

Jumlah
RM 264.00
 8.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran  ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan. 
9.0PENUTUP
Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu.
Di samping itu, diharapkan program ini dapat mewujudkan masyarakat yang dapat mempertahankan dan mengamalkan budaya tempatan.
Keindahan dan keunikan sesuatu tekstil daripada pelbagai kaum harus diberi keutamaan dalam setiap koleksi pameran supaya warisan yang bernilai itu dihayati dengan sepenuhnya dan dijadikan rujukan di kemudian hari

BENGKEL KEPIMPINAN MUDA

Pihak Bimbingan dan Kaunseling mengadakan Bengkel Kepimpinan Muda telah diadakan pada 6 April 2013 Sabtu di Dewan Bestari SK Bangsar.

Kepimpinan Cemerlang
Sekolah Gemilang”

Backdrop
7.15 – 7.30 pg   :  Pendaftaran
7.30 – 7.40 pg :  Ucapan alu-aluan pengacara majlis 
7.40 – 7.50 pg :  Bacaan doa
                      - Ustaz Mohd Sabri Bin Che Bedolah
7.50 – 8.00 pg :  Ucapan Pengerusi Program
             Pn. Nor Shafina bt. Yasak 
8.00 – 9.00 pg :  Slot  - Apa itu Kepimpinan Muda? 
9.00 – 10.30 pg :  Slot 2  - Elemen Dalam Kepimpinan Muda
10.30 – 11.00 pg :  Sarapan pagi
11.00 – 1.00 ptg : Slot 3 - Aktiviti Keyakian Diri 
1.00 ptg : Bersurai

Encik Muhammad Zaki
Slot pertama : Apa itu Kepimpinan Muda?



Cik Suzana Binti Abdullah- Guru Bimbingan dan Kaunseling bersama Encik Ruslan Mokhtar

Friday, April 5, 2013

PERADUAN MEWARNA CORAK BATIK

Pusat Sumber SK Bangsar akan mewarna corak batik sempena Pameran Bertema Tekstil
cover





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...