Flipbook.

Saturday, October 13, 2012

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA SK BANGSAR 25 MEI 2012

Kata-kata aluan:
- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
- Yang Berusaha Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum,  Pn Nor Shafina Bt Yasak GPK HEM, , Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum, Pn Tanma Rajasegaran Penyelia Petang , guru-guru, para pekerja dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.
 – Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi yang mulia ini, kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan Majlis Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah bagi tahun 2012. 
Istana kota sebelas tingkat,
Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari Guru dan pekerja mari raikan.
-Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.
-Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya.
-Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”
- Hari Pekerja diraikan pada 1 Mei . Tujuan sambutan hari pekerja ini adalah salah satu tanda memperingati para pekerja sebagai tunjang utama bagi kejayaan ekonomi dan sosial negara.
Tema Hari Pekerja pada tahun ini ialah “ Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi ”.

Bacaan doa :

Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Abd Halim Bin Tasliman untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan Wakil Guru Sesi Pagi :
Waktu malam melihat bulan,
Mendengar pungguk berlagu merdu,
Selamat hari guru kita ucapkan,
Kerana jasa menaburkan ilmu
-Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan  Encik Adenan Bin Mustapha bagi menyampaikan ucapan wakil guru sesi pagi sempena perayaan Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah. Dipersilakan.
-Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Adnan Bin Mustapha
di atas ucapan sebentar tadi. 

Ucapan Wakil Guru Petang :

Burung pipit burung helang,
terbang tinggi tidak sejajar;
biar sejuta rintangan menghalang,
tetapku gagah teguh mengajar.
-Sidang majlis sekalian, seterusnya dijemput Encik Nik Anuar Bin Nik Yaacob untuk menyampaikan ucapan wakil guru sesi petang sempena perayaan Hari Guru dan Pekerja sekolah. Dipersilakan. .
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Nik Anuar Bin Nik Yaacob di atas ucapan sebentar 
Ucapan GPK Tadbir dan Kurikulum:
Pohon palma tegak berdiri,
Ditanam mari tepi bangunan;
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.
-Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohd Ali Bin Kasmun Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar bagi menyampaikan ucapan sempena perayaan Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah. Dipersilakan.
-Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Ali Bin Kasmun di atas ucapan sebentar tadi.
Teratai Melati Melur dan Mawar,
Bunga-Bungaan Harum dan Wangi,
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.
- Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru naik ke pentas untuk melafazkan ikrar yang akan diketuai oleh Encik Norhazlesham Bin Mad.
- Selepas itu kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru. dengan nyanyian lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema Hari Guru
Sesi Pertukaran Hadiah :
Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat;
Hargaiku sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.
Hadirin sekalian,       
-Majlis diteruskan dengan acara pertukaran hadiah. Dimulakan dengan guru bernama _______________________ naik ke pentas untuk memberi hadiah kepada ________________________

Penyampaian Hadiah :
Buah beluru buah sawa,
Minta sekati bawa ke darat,
Azam guru ke hujung nyawa,
Tabur bakti sampai ke akhirat.
Hadirin sekalian,
-Majlis mempersilakan  Pn Nur Shafina Binti Yasak mengiringi oleh Encik Ismail  Bin Ahmad GPK kokurikulum untuk menyampaikan hadiah sukaneka  dan perlawanan bola sepak.
- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Ismail GPK kokurikulum kerana sudi menyampaikan hadiah.
Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.
-Majlis mempersilakan  Pn Nur Shafina Binti Yasak mengiringi oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum untuk menyampaikan Anugerah Khas SK Bangsar  sempena Hari Guru dan Pekerja.
- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum  kerana sudi menyampaikan anugerah khas.
- Tahniah diucapkan kepada guru dan pekerja  yang telah menerima Anugerah Khas daripada pihak sekolah.
Semua murid diminta berdiri untuk kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
-Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga SK Bangsar kerana dapat bersama-sama meraikan sambutan Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah.
Bunga seroja di atas cemara,
Jatuh sekuntum di atas para;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.
SEKIAN.SALAM SEJAHTERA
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

Wednesday, October 10, 2012

LAPORAN PERASMIAN BULAN MEMBACA 2012

                            
1.0 TAJUK PROGRAM
1.1  Majlis Perasmian Bulan Membaca 2012  
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 2 Julai 2012
3.0 TEMPAT
3.1 Dewan Sekolah Kebangsaan Bangsar
4.0 OBJEKTIF
4.1  Membudayakan sikap suka membaca dikalangan warga SK Bangsar khususnya pelajar.
4.2  Memberi peluang kepada warga SK Bangsar menggunakan Pusat Sumber Sekolah semaksimum untuk tujuan membaca dan membuat rujukan.
4.3  Mempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi mencapai tahap kecemerlangan diri.
4.4  Menjadi contoh serta teladan kepada pelajar lain.

5.0      AJK PELAKSANA
Pengerusi
Pn Che Norizam Binti Abdullah
Guru Besar
Naib Pengerusi
Encik Ali Bin Kasmun
GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Nor Shafina Bt Yasak
GPK HEM
Encik Ismail B. Ahmad
GPK Kokurikulum
Pn Tanma a/p Rajasegaran
Penyelia Petang
Penyelaras  Program Pagi
Cik Norhazalina Binti  Hashim
Penyelaras Program Petang
Pn Nor Asiah Binti Bidin
Setiausaha
Cik Amie Binti Ismail
Bendahari :
Cik Norfazliah Binti Mohamed
Ahli Jawatankuasa :
 Ketua Panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik
Semua AJK Panitia
Pengawas Pusat Sumber
Tahun 6 – Encik Naharudin Bin Mahpot
PA Sistem
Encik Mohd Shahrol Bin Ibrahim
Encik Abdul Halim Bin Abdullah
Encik Mohd Hafiz Bin Saad
Encik Hafizuddin Bin Subarni
Juruacara
Pn Surinderjeet Kaur
Encik Ruslan Bin Basri
Pn Nor A’ain Bt Hasanudin
Pn Tengku Khairul Zahiah Bt Tengku Kamaludin
Buku Program
Pn Suzana Binti  Ismail
Pn Norherlena Binti Abdul Karim
Gimik Perasmian
Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Pn Nor Laili Bin Abdul Aziz
Encik  Afiq Bin Nazarudin
Pn Elis Afia Binti Osman
Backdrop
Cik Siti Mursyidah Binti Ahmad Sabri
Cik Sa’diah Binti Mahmud
Pn Nor Aznen Binti Jamil
Pn Mariah Binti Abdullah
Pn Siti Fazlina Bt Saffardin
Pn Nadia Binti Ishak
Pn Nornadiah Bt Senin
Pn Sarimah Muhamad
Pn Roszaini Bt Mohd Zin
Pn Norhafizah Binti Delmi
Persiapan Dewan
Pn Noorafaizah Binti Abdullah
Pn Siti Norfauzaliana Binti Abdul Rajab
Ketua  Panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
Dokumentasi
Pn Siti Norsakinah Binti Mohd Shakri
Pn Nik Nurshuhada Binti Hamid 
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
 7.30 pagi      Murid berkumpul di Dewan Bestari
                      Guru-guru mengambil tempat
7.40 pagi       Ucapan Pengerusi Majlis
7.45 pagi       Bacaan Doa
7.50 pagi       Ikrar
                     Nyanyian lagu Negaraku dan Wilayah Persekutuan
8.05 pagi       Taklimat Pelaksanaan Bulan Membaca  
                     Oleh : Cik Norhazalina Binti Hashim
8.20 pagi      Ucapan Perasmian Bulan Membaca 2012
                     Oleh : Guru Besar Pn Che Norizam Binti Abdullah
8.30 pagi      10 minit bersama buku
8.40 pagi       Penyampaian Hadiah
8.50  pagi      Nyanyian lagu “Membaca Gaya Wawasan”
Lagu Sekolah
9.00 pagi       Bersurai 
7.0      KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SK Bangsar
8.0      IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Majlis
      Perasmian Bulan Membaca 2012
8.2 Murid dapat mengetahui aktiviti yang akan dilaksanakan sempena bulan              membaca.
8.3 Memberi kesedaran kepada murid kepentingan membaca dan menimba ilmu.
9.0      LAPORAN
Majlis Perasmian Bulan Membaca 2012 telah diadakan dengan jayanya pada 2 Julai 2012 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.
Taklimat pelaksanaan Bulan Membaca telah disampaikan oleh Cik Norhazalina bt. Hashim. Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan kepentingan membaca khususnya dikalangan pelajar serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Membaca ini. Antara program yang dirangka untuk para pelajar adalah pengunjung bertuah Pusat Sumber, pameran bertema “Olimpik London”,kuiz, pertandingan mewarna dan melukis kulit buku.
Ucapan Perasmian Bulan Membaca 2012 telah disampaikan oleh Pn. Nor Shafina Bt Yasak selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bangsar sekaligus merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau menasihatkan dan memberi peringatan kepada para pelajar supaya membiasakan diri dengan amalan membaca tidak kira di mana sahaja berada. Disamping itu, beliau menggalakkan para pelajar agar mengikuti dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah.
Acara 10 minit bersama buku telah berjalan dengan baik kerana semua murid telah membawa buku masing-masing sebelum berkumpul di dewan. Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah.
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu “Membaca Gaya Wawasan” serta lagu sekolah sebelum bersurai pada jam 9.00 pagi.
10.0PENUTUP 
Majlis ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya membaca dikalangan pelajar. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan membaca serta melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
11.0     LAMPIRAN
11.1   Gambar Majlis Perasmian Bulan Membaca 2012.

 Disediakan oleh :                                        

..........................................................
(SITI NORSAKINAH BT MD SHAKRI)

 Disemak oleh :

...................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)
PENYELARAS

Disahkan oleh :

..............................................
(PN CHE NORIZAM BT ABDULLAH )
 GURU BESAR

Tuesday, October 9, 2012

BULAN BAHASA

Bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012.

Pengenalan
- BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK) merupakan salah satu acara tahunan negara bagi memperkasakan bahasa kebangsaan.
- Suatu gerakan besar-besaran di seluruh negara yang melibatkan semua lapisan masyarakat.
- Kegiatan-kegiatan khusus BBK dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Oktober.
- Tahun 2012 merupakan tahun ke-14 program ini diadakan.

Matlamat
- Menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan citra serta jati diri bangsa dan negara;
- Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa kebangsaan;
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.


Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia
dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Monday, October 8, 2012

PERADUAN MEWARNA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012

PERADUAN MEWARNA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
Dapatkan borang penyertaan peraduan mewarna di Pusat Sumber SK Bangsar. Murid-murid boleh menyerahkan hasil kreativiti mewarna in kepada Cik Norhazalina Binti Hashim dan Pn Nor Asiah Bt Bidin pada atau sebelum 22 Oktober 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...