Flipbook.

Monday, September 3, 2018

PERKAMPUNGAN UPSR 2018

Program Perkampungan UPSR  merupakan satu usaha dan ikhtiar pihak pengurusan Kurikulum SK Bangsar dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Peningkatan prestasi dalam pencapaian keputusan peperiksaan diharapkan boleh diperolehi dari segi kuantiti dan kualiti. Memberi pendedahan dan penerangan kepada ibu bapa diharapkan dapat membantu meningkatkan kerjasama di antara ibu bapa, guru  dan  murid - murid. Dengan adanya kerjasama ibu bapa, segala program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Untuk menjayakan program perkampungan ini , semua  guru  Tahun 6 boleh merancang cara atau pendekatan terbaik yang boleh digunakan semasa melaksanakan program ini. Usaha yang bersungguh-sungguh daripada guru-guru yang terlibat amat diperlukan untuk menjayakan program ini, kerana muri-murid tahun 6 sudah pasti mengimpikan kejayaan yang cemerlang.
1.0         MATLAMAT
a) Menambahkan bilangan murid yang memperolehi keputusan yang cemerlang.
b) Keputusan UPSR akan mencapai 100% lulus bagi semua mata pelajaran.

TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh              : 13, 14, 15 dan 16 Ogos 2018 &  27, 28, 29 dan 30 Ogos 2018
Hari                 : Isnin, Selasa,Rabu, dan Khamis
Masa               : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat            : Sekolah Kebangsaan Bangsar

 Senamrobik








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...