Program Perkampungan UPSR
merupakan satu usaha dan ikhtiar pihak pengurusan Kurikulum SK Bangsar dengan
kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mencapai keputusan peperiksaan
yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Peningkatan prestasi dalam pencapaian keputusan
peperiksaan diharapkan boleh diperolehi dari segi kuantiti dan kualiti. Memberi
pendedahan dan penerangan kepada ibu bapa diharapkan dapat membantu meningkatkan
kerjasama di antara ibu bapa, guru dan murid - murid. Dengan adanya kerjasama ibu bapa,
segala program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Untuk menjayakan
program perkampungan ini , semua guru Tahun 6 boleh merancang cara atau pendekatan terbaik
yang boleh digunakan semasa melaksanakan program ini. Usaha yang
bersungguh-sungguh daripada guru-guru yang terlibat amat diperlukan untuk menjayakan
program ini, kerana muri-murid tahun 6 sudah pasti mengimpikan kejayaan yang
cemerlang.
1.0
MATLAMAT
a) Menambahkan bilangan murid yang memperolehi keputusan
yang cemerlang.
b) Keputusan UPSR akan mencapai 100% lulus bagi semua mata pelajaran.
TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : 13, 14, 15 dan 16 Ogos 2018
& 27, 28, 29 dan 30 Ogos 2018
Hari : Isnin, Selasa,Rabu, dan Khamis
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bangsar
Senamrobik
No comments:
Post a Comment