Flipbook.

Thursday, May 3, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SHAH ALAM SELANGOR


1. TAJUK PROGRAM
“ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SHAH ALAM SELANGOR”

2. PENGENALAN
      Program Lawatan Sambil Belajar ke Kumpulan Media  Karangkraf Shah Alam untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dalam bidang penerbitan. Kumpulan Media Karangkraf adalah penerbit majalah berbahasa Melayu terbesar di Malaysia dengan 28 tajuk di bawahnya. Sepanjang 30 tahun penglibatan di dalam industri penerbitan.
    Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 5, 6  dan disertai oleh 4 orang guru pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan penerbitan dan pengiklanan
3. MATLAMAT 
      Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 
4. OBJEKTIF
  • Mendedahkan murid-murid kepada proses penerbitan buku, majalah dan surat khabar
  • Mengetahui sejarah penubuhan Karangkraf.
  • Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
  • Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
  • Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5.JAWATANKUASA LAWATAN
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                     : Pn Che Norizam Binti Abdullah
Pengerusi                     : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
                                         GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi           : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                        Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                         Pn Tanma a/p Rajasegaran
Penyelaras                 : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                  : Cik Nurfazliah Binti Muhamad
Disiplin                      : Encik Mohd Nazir Bin Majid       
Jurukamera               : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi            : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.  TARIKH LAWATAN
28 Jun 2012 – Khamis
7. TEMPAT LAWATAN
Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam Selangor
8. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun  5 dan 6 : 40  orang
Guru  : 4 orang  
9.  TENTATIF PROGRAM LAWATAN
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN

1.

7.30  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan SK Bangsar
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
-        
Mendengar taklimat
2.
7.45 pagi
Sarapan di kantin


3.
8.10  pagi
Bertolak ke Karangkraf


4.
9.00 pagi
Tiba di Karangkraf


5.
9.05  pagi
Taklimat mengenai Karangkraf– oleh wakil  Karangkraf

Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Lawatan ke Bahagian Editorial & CSI (Jabatan Grafik)

Literasi Maklumat
7.
10.30 pagi
Lawatan ke kilang percetakan

Literasi Maklumat
8.
11.30 pagi
Jamuan & sesi dialog dengan Pengarah Urusan sekiranya ada

Literasi Maklumat
9.
12.15 tengah hari
Mengunjungi kedai buku

Literasi Maklumat
10.
12.30 tengah hari
Bersurai


11.
12.35 tengah hari
Fotografi


12.
1.00 petang
Pulang ke SK Bangsar


13.
2.00 petang
Dijangka tiba ke SK Bangsar


10. BAJET
Bil
Perkara
Perbelanjaan
Peruntukan
Jumlah
1
 Sewa bas
1 bas X RM 250
PSS
RM 300.00
2
 Makanan dan minuman
Murid  - RM 5 X 40 orang=RM200.00
Bimbingan dan kaunseling
Kokurikulum
RM 200.00
3
 Hadiah hamper
1 kumpulan –
10 0rang murid
Tempat 1 x RM 60.00 = RM 60.00
Tempat 2 x RM 50.00 = RM 50.00
Tempat 3 x RM 40.00 = RM 40.00
Tempat 4 x RM 30.00 = RM 30.00
Bimbingan dan kaunseling
Kokurikulum
RM 180.00
5.
 Gambar
RM 30.00
Panjar wang
runcit
RM 30.00
6.
 Dokumentasi
RM 30.00
Panjar wang
runcit
RM 30.00
7.
Album
RM 20.00
Panjar wang
runcit
RM 20.00


Jumlah

RM 760.00
11.  PENUTUP 
Pihak kami berharap agar objektif lawatan sambil belajar ini dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat mewarisi amalan lawatan sambil belajar yang baik dan berfaedah serta dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan dapat menerajui generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabara-cabaran alaf baru. Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. 

Tuesday, May 1, 2012

SELAMAT HARI PEKERJA

1 MEI 2012
Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pekerja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...