Flipbook.

Tuesday, May 13, 2014

LAPORAN PENUH PAMERAN BERTEMA PERAYAAN TAHUN BARU CINA DAN HARI WILAYAH


1.0 TAJUK PROGRAM

1.1  Pameran Bertema Perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah
  
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh             : 28 Januari - 14 Februari 2014

3.0 TEMPAT

3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar

4.0 OBJEKTIF

4.1                         Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.
4.2             Mengetahui sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan
4.3                         Belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
4.4                         Memenuhi sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tahun 5.

5.0      AJK PELAKSANA
Penasihat                                    : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                       : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Penyelaras                      : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                     : Pn Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari                       :  Pn Zalina Binti Muhammad
Jurukamera                     :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK Hadiah                    : Pn Anita Juliana
                                            Pn Faraezah
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN

6.1 Gambar perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah

6.2 Maklumat mengenai  perayaan Tahun Baru Cina dan Kuala Lumpur.

6.3 Soalan kuiz terkumpul

6.4 Pengunjung bertuah

6.5 Pertandingan mewarna perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah

6.6 Pameran buku berkaitan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah

7.0      IMPAK

7.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Pameran

      Bertema Perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah.
7.2 Murid dapat mengetahui dan mengenali budaya masyarakat Cina
menyambut Tahun Baru Cina.
7.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti kuiz
 dengan mencari jawapan di sudut pameran di Pusat Sumber.
     7.4 Murid dapat mencungkil bakat seni mewarna berdasarkan pertandingan
mewarna gambar sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah.


8.0      LAPORAN
Pameran Bertema Tahun Baru Cina diadakan pada  28 Januari - 14 Februari 2014 . Pihak AJK Pelaksana Pameran Bertema Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah telah menyediakan sudut pameran bertema melalui maklumat mengenai budaya perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah . Warga SK Bangsar telah war-warkan mengenai pameran ini melalui laman blog PSS dan pengumuman di perhimpunan pagi serta petang.
Murid-murid diberi peluang menyertai pertandingan mewarna gambar suasana perayaan Tahun Baru Cina . Oleh itu, murid-murid secara tidak langsung mengetahui dan mengenai  amalan dan budaya masyarakat Cina di Malaysia..
Murid-murid mengaplikasilkan kemahiran literasi maklumat dengan membaca maklumat mengenai sejarah dan asal-usul perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah. Murid-murid mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran melalui pertandingan kuiz yang disertai.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 28 Februari 201 semasa Majlis Penutup Minggu Bahasa Malaysia yang telah disempurnakan oleh Pn Norshafina Binti Yasak Guru HEM SK Bangsar bagi sesi pagi. Manakala sesi petang majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pn Tanma a/p Rajasegaran selaku Penyelia Petang.

9.0 PENUTUP

Pameran ini, dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping mengetahui adat dan budaya masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia dan Hari Wilayah.

10.0     LAMPIRAN
10.1   Nama-nama pemenang pertandingan mewarna perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah  serta kuiz.

10.2  Gambar-gambar aktiviti Pamera Bertema Perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah.

LATIHAN KEBAKARAN

Latihan kebakaran telah diadakan pada 23 April 2014. Wakil bomba dari Balai Bomba Pantai memberi taklimat.
Cikgu Naharudin memberi taklimat ringkas


Wakil bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai





PENYAMPAIAN PINGAT PERMAINAN KRIKET PERINGKAT NEGERI WPKL 2014

Majlis penyampaian pingat permainan kriket peringkat negeri WPKL telah diadakan pada 12 Mei 2014 semasa perhimpunan pagi. Pasukan kriket SK Bangsar telah mendapat tempat ketiga.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...