Flipbook.

Friday, November 29, 2013

BUKU BARU

Pusat Sumber SK Bangsar telah menerima 10 buah buku yang telah didermakan untuk bahan bacaan warga SK Bangsar.

Sekotak buku telah diterima 


LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2013

LAPORAN PENUH
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2013

1.0 TAJUK PROGRAM

Kem Membaca 1 Malaysia 2013

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

28 Oktober – 6 November  2013

3.0 TEMPAT

            Sekolah Kebangsaan Bangsar

4.0 OBJEKTIF

4.1.Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
4.2.Menggerakkan program galakkan membaca.
4.3.Memupuk minat membaca secara berterusan.
4.4.Mencungkil bakat melukis poster KM1M dan mewarna kulit buku.
4.5.Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
5.0      AJK PELAKSANA
JAWATANKUASA INDUK KEM MEMBACA 1 MALAYSIA  2013
Pengerusi
Pn Che Norizam Binti Abdullah
Guru Besar
Naib Pengerusi
Encik Mohd  Ali Bin Kasmun
GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Nor Shafina Bt Yasak
GPK HEM
Penyelaras  Program
Cik Norhazalina Binti  Hashim
Setiausaha
Pn Zalina Binti Muhamad
Bendahari :
Encik Mohd Nazir Bin Majid
Ahli Jawatankuasa :
AJK Pusat Sumber
Pengawas Pusat Sumber
PA Sistem
Encik Mohd Shahrol Bin Ibrahim
Encik Abdul Halim Bin Abdullah
Juruacara
Cik Norhafizah Binti Azman         
Persiapan Dewan
Encik Nordin Bin Samad
Encik Mohd Sabri B. Che Bedolah
Encik Adenan Bin Mustapha
Disiplin
Encik Norhazlesham Bin Mad
Encik Mohd Faisal Bin Zainal Abidin
Encik Naharuddin Bin Mahpot
Jurukamera
Encik Izatul Akma B. Ab.llah
Encik Mohd Nazir Bin Majid
Hadiah :
Cik Nurfazliah Binti Muhamad
Pn Zalina Binti Muhamad
Cik Amie Bt Ismail
                                                            Dokumentasi        :
Cik Norhazalina Binti Hashim
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
28 Oktober – 6 November  2013
Panitia / Aktiviti
Tarikh /AJK Pelaksana
  1. Membaca Bersama Selama 2013 saat , 33 minit 55 saat
28 Oktober 2013
Guru Bertugas
Tapak Perhimpunan
2.    Tayangan 3D, cerita pendek – Kasut Kelopak Jantung
 28 Oktober – 6 November  2013
Bilik Media
En Mohd Nazir dan Mohd Zulkarnain

  1. Pertandingan Lukisan

“Kem Membaca 1 Malaysia”


29 Oktober 2013
En Mohd Nazir
Tempat : PSS
  1. Pertandingan Mewarna Kulit Buku

28 Oktober – 6 November  2013
Tempat : PSS
5. 10 minit bersama buku
29 Oktober – 6 November  2013
Tempat : Dewan
Guru Bertugas
6. Pengunjung Bertuah Pusat Sumber

Murid
28 Oktober – 6 November  2013
Tempat : PSS

7.0      KUMPULAN SASARAN
Murid Tahap 2

8.0      IMPAK

8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Kem
Membaca 1 Malaysia.
8.2 Murid dapat mencungkil bakat melukis poster Kem Membaca 1 Malaysia dan
mewarna kulit buku.
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti
tayangan 3D dan cerita pendek dengan menulis nilai dan pengajaran yang
terdapat dalam tayangan tersebut.
8.4 Murid dapat menggunakan Pusat Sumber untuk mendapatkan bahan rujukan.

9.0      LAPORAN
            Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan pada 28 Okt 2013 di Dataran Perhimpunan . Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Che Norizam bt Abdullah selaku Guru Besar Sk Bangsar. Cik Norhazalina Binti Hashim Guru Pusat Sumber Sekolah telah memberi taklimat Kem Membaca 1 Malaysia. Murid bersama guru membaca buku selama 2013 saat di Dataran Perhimpunan.
Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan beberapa aktiviti antaranya pertandingan Lukisan Kem Membaca 1 Malaysia, mewarna kulit buku, 10 Minit Bersama Buku, tayangan 3D dan cerita pendek dan Pengunjung Pusat Sumber Bertuah.
Pertandingan Lukisan Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada 29 Oktober 2014 di Pusat Sumber. Seramai 35 orang murid Tahap Dua telah menyertainya. Murid diterangkan format cara melukis poster. Pihak Pusat Sumber menyediakan kertas lukisan. Murid membaca peralatan lukisan sendiri. Murid melukis poster KM1M selama 2 jam.
Tayangan 3D dan Cerita Pendek – Kasut kelopak jantung. Murid yang telah menonton cerita tersebut diminta menyenaraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut.
Pertandingan Mewarna Kulit Buku, murid-murid mewarna kulit buku mengikut kreativiti. Hadiah misteri diberi kepada pengunjung bertuah PSS sepanjang KM1M.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 11 November 2013 di Dewan Bestari. Encik Mohd Ali Bin Kasmun, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Semua murid melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dijalankan sepanjang Kem Membaca 1 Malaysia.

10.0    PENUTUP
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dilaksanakan dengan sistematik dan terancang yang dapat memberi impak baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca di kalangan  warga SK Bangsar.
11.0     LAMPIRAN
11.1   Nama-nama pemenang pertandingan.
11.2  Gambar-gambar aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia.

Disediakan oleh :                                        

..........................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...