Flipbook.

Friday, March 30, 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SESI PETANG 2012

Majlis Pelancaran Program NILAM sesi petang telah diadakan pada 30 Mac 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar.
 Backdrop
 Pn Che Norizam Bt Abdullah Guru Besar SK Bangsar menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Perasmian Program NILAM Peringkat Sekolah Sesi Petang
  
Gimik Pelancaran -Pn Che Norizam Bt Abdullah membuka big book
 
 Guru besar menulis nama dan tarikh di slip peminjaman buku
 Buku depan big book
 Isi dalam big book
 Slip peminjaman buku yang ditulis sendiri oleh guru besar - Pn Che Norizam Bt Abdullah
 Pn Nor Asiah Bidin penyelaras program NILAM sesi petang memberi taklimat NILAM untuk murid-murid Tahap 1
 Majlis penyampaian hadiah pameran bertema Wilayah Persekutuan "Labuan" 
 Peminjam buku bertuah 
Pengunjung bertuah kategori guru -Pn Nadia
Persembahan - lafaz pantun murid Tahun 1
Persembahan Bahasa Inggeris
Persembahan nyanyian lagu "Membaca Gaya Wawasan"

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SESI PAGI 2012

Pihak Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Majlis Perasmian Program NILAM pada 29 Mac 2012 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar.
Backdrop
Encik Mohd Nazir Bin Majid- Guru Media  telah menyampaikan taklimat Program NILAM
Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar telah sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah 2012.
Dua puteri membawa big book untuk ditandatangi oleh guru besar Pn Che Norizam Bt Abdullah

Pn Che Norizam Bt Abdullah menandatangani big book.
Cenderahati bunga segar dan dua buah buku yang telah diberikan kepada Pn Che Norizam Bt Abdullah kerana sudi merasmikan Majlis Pelancaran Program NILAM 2012.
Big book yang telah ditandatangani oleh Puan Che Norizam Bt Abdullah selaku Guru Besar SK Bangsar.
Majlis penyampaian hadiah Pameran Bertema Wilayah Persekutuan Labuan, Anugerah Rakan Pembaca, NILAM, emas, perak, dan gangsa. Di samping itu hadiah pembeli buku NILAM dan kad Pusat Sumber bertuah juga diberikan hadiah. Bagi mereka yang sering hadir ke PSS pengunjung bertuah bagi bulan Jan dan Februari bagi kategori guru dan murid. Bagi menggalakkan murid-murid serta guru-guru meminjam buku, hadiah peminjam bertuah juga diberikan.
Nyanyian lagu NILAM

Thursday, March 29, 2012

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER

Tarikh : 29 Mac 2012Hari : Khamis
Tempat : PKG Bangsar
 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur telah mengadakan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah  untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Bengkel ini bertujuan memberi maklumat mengenai pengisian data IQPSS dan iNILAM oleh pihak sekolah. GPM perlu memahami aspek-aspek pengisian data secara atas talian, serta Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

Wednesday, March 28, 2012

PERTANDINGAN MEWARNA KULIT BUKU

Tarikh : 28 Mac 2012
Hari : Rabu
Masa : 1.30 - 2.30 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar
Aktiviti :
1. Murid diberi penerangan pertandingan mewarna kulit buku
2. Murid diberi borang kertas mewarna kulit buku.
3. Murid mewarna kulit buku

Sunday, March 25, 2012

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2012


MAJLIS PELANCARAN NILAM 2012
PERINGKAT SEKOLAH
29 MAC 2012 (KHAMIS)
DEWAN BESTARI SK BANGSAR
 
7.50 pagi
Murid-murid berkumpul di Dewan Bestari
Guru-guru mengambil tempat
 8.00 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis
– Juruacara
 8.05  pagi
Bacaan doa oleh
Ustaz Mansur Kamis
8.10 pagi
Taklimat Program NILAM oleh
Cik Norhazalina Binti Hashim
8.25 pagi
Ucapan Perasmian Pelancaran
Program NILAM
oleh  Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar
 8.35 pagi
Majlis Penyampaian Hadiah
 8.45 pagi
Persembahan murid
9.00 pagi
Nyanyian Lagu NILAM
 9.05 pagi
Bersurai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...