Flipbook.

Showing posts with label PROGRAM NILAM 2012. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM NILAM 2012. Show all posts

Friday, March 30, 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SESI PETANG 2012

Majlis Pelancaran Program NILAM sesi petang telah diadakan pada 30 Mac 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar.
 Backdrop
 Pn Che Norizam Bt Abdullah Guru Besar SK Bangsar menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Perasmian Program NILAM Peringkat Sekolah Sesi Petang
  
Gimik Pelancaran -Pn Che Norizam Bt Abdullah membuka big book
 
 Guru besar menulis nama dan tarikh di slip peminjaman buku
 Buku depan big book
 Isi dalam big book
 Slip peminjaman buku yang ditulis sendiri oleh guru besar - Pn Che Norizam Bt Abdullah
 Pn Nor Asiah Bidin penyelaras program NILAM sesi petang memberi taklimat NILAM untuk murid-murid Tahap 1
 Majlis penyampaian hadiah pameran bertema Wilayah Persekutuan "Labuan" 
 Peminjam buku bertuah 
Pengunjung bertuah kategori guru -Pn Nadia
Persembahan - lafaz pantun murid Tahun 1
Persembahan Bahasa Inggeris
Persembahan nyanyian lagu "Membaca Gaya Wawasan"

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SESI PAGI 2012

Pihak Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Majlis Perasmian Program NILAM pada 29 Mac 2012 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar.
Backdrop
Encik Mohd Nazir Bin Majid- Guru Media  telah menyampaikan taklimat Program NILAM
Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar telah sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah 2012.
Dua puteri membawa big book untuk ditandatangi oleh guru besar Pn Che Norizam Bt Abdullah

Pn Che Norizam Bt Abdullah menandatangani big book.
Cenderahati bunga segar dan dua buah buku yang telah diberikan kepada Pn Che Norizam Bt Abdullah kerana sudi merasmikan Majlis Pelancaran Program NILAM 2012.
Big book yang telah ditandatangani oleh Puan Che Norizam Bt Abdullah selaku Guru Besar SK Bangsar.
Majlis penyampaian hadiah Pameran Bertema Wilayah Persekutuan Labuan, Anugerah Rakan Pembaca, NILAM, emas, perak, dan gangsa. Di samping itu hadiah pembeli buku NILAM dan kad Pusat Sumber bertuah juga diberikan hadiah. Bagi mereka yang sering hadir ke PSS pengunjung bertuah bagi bulan Jan dan Februari bagi kategori guru dan murid. Bagi menggalakkan murid-murid serta guru-guru meminjam buku, hadiah peminjam bertuah juga diberikan.
Nyanyian lagu NILAM

Sunday, March 25, 2012

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2012


MAJLIS PELANCARAN NILAM 2012
PERINGKAT SEKOLAH
29 MAC 2012 (KHAMIS)
DEWAN BESTARI SK BANGSAR
 
7.50 pagi
Murid-murid berkumpul di Dewan Bestari
Guru-guru mengambil tempat
 8.00 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis
– Juruacara
 8.05  pagi
Bacaan doa oleh
Ustaz Mansur Kamis
8.10 pagi
Taklimat Program NILAM oleh
Cik Norhazalina Binti Hashim
8.25 pagi
Ucapan Perasmian Pelancaran
Program NILAM
oleh  Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar
 8.35 pagi
Majlis Penyampaian Hadiah
 8.45 pagi
Persembahan murid
9.00 pagi
Nyanyian Lagu NILAM
 9.05 pagi
Bersurai

Thursday, March 22, 2012

PEMINJAM BUKU PALING BANYAK JANUARI DAN FEBRUARI 2012

BULAN JANUARI
1. NUR KAMALIA BINTI BADLISYAH - 5 DINAMIK
2.NURUL SYAFIKA BINTI MOHD ZAKI - 5 OPTIMAL
BULAN FEBRUARI
1. SITI SARAH BT HAZLIN - 6 FOKUS
2.SITI NURBATRISYA BT NOR AZMAN - 4 EFEKTIF

Wednesday, March 21, 2012

PENGUNJUNG BERTUAH BULAN JANUARI DAN FEBRUARI 2012

KATEGORI GURU
SESI PAGI
BULAN JANUARI
1. PN SUZANA ISMAIL
2. CIK NORHAMIZAH BT OMAR

BULAN FEBRUARI
1. PN SHUNITA ROY
2. PN NAFISAH BINTI YAACOB

SESI PETANG
BULAN JANUARI 
1. CIK ANI SYALIZA BT YUNOS
2. PN FARAEZAH BT KAMAL
 BULAN FEBRUARI 
1. PN NADIA ISHAK

PEMBELI BERTUAH BUKU NILAM DAN KAD PUSAT SUMBER SK BANGSAR 2012

PEMBELI BUKU NILAM BERTUAH
SESI PAGI
BULAN JANUARI
1. AHMAD IMAN AMMER BIN AZMAN - 6 DINAMIK
2. JEVANESAN A/L STEVEN KUMAR - 6 INISIATIF
BULAN FEBRUARI 
1. MUHD AINUL HAFIZ BIN YUSOFF - 4 INOVATIF
2. NUR AZIEMAH BT MOHD SOFI - 5 RESPONSIF
BULAN MAC 
1. ALIF BIN RAZALI - 4 OPTIMAL
2. NUR RIESYA BT ALIFASHRAFDUSTAN - 6 INOVATIF

SESI PETANG
BULAN FEBRUARI 
1. SITI NUR AISYAH BT MOHD NOORZMAN - 3 EFEKTIF
BULAN MAC
1. NURUL NABILAH BT ROSLAN - 3 PROGRESIF
2. KHAIRUL ASHRAF BIN SAZALI - 3 DINAMIK

PEMBELI BERTUAH KAD PUSAT SUMBER SK BANGSAR
SESI PAGI
BULAN JANUARI
1. AHMAD HAIKAL BIN AHMAD KHAIRUL - 5 KERATIF
2. MUHAD ZULMAN BIN HAMKA - 4 OPTIMAL
BULAN FEBRUARI 
1. NURUL NADIRA BINTI ZAMRI - 5 OPTIMAL
2. HANISAH BT  MOKHTAR - 5 RESPONSIF

Sunday, January 8, 2012

PROGRAM NILAM 2012



1.0 PENGENALAN
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.NILAM adalah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program NILAM telah dimulakan dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999. Penilaian pembacan mereka diteruskan mereka tamat persekolahan.
2.0 MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan warga SK Bangsar khususnya murid sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca di kalangan warga SK Bangsar.
3.0 OBJEKTIF
1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga sekolah.
4.0 PELAKSANAAN
1. Rekod Bacaan (Buku NILAM)
2. Borang Rekod (penilaian guru)
3. Pengiktirafan (ganjaran mengikut tahap )
5.0 TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari - murid membaca banyak buku dan direkodkan (Buku NILAM)
2. Rakan Pembaca - murid sudah membaca 100 buku dan jalankan aktiviti pembacaan
5.1 NILAM TAHAP JAUHARI
Murid-murid wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
Pengiktirafan Tahap Jauhari
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)
5.2 NILAM RAKAN PEMBACA
1. Kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Aktiviti Tahap Jauhari diteruskan.
2. Guru Kelas Inisiatif dilantik sebagai Guru Pembimbing Rakan Pembaca mengikut Aliran.
3. Murid akan memilih dan meminjam buku dari PSS atau sumber lain untuk dibaca dan seterusnya meminjamkan buku tersebut kepada rakan-rakan, keluarga dan jiran.
4. Pengiraan markah bagi Tahap RP berdasarkan aktiviti yang dijalankan ialah bercerita, membaca bersama, bicara buku, meminjambuku, syarahan, lakonan dan diskusi.
Contoh Pengiraan Rakan Pembaca
Bil Aktiviti Pendengar Markah
1. Bercerita 1sesi x 20 pendengar 5
2. Bicara buku 1 sesi x 3 pendengar 3
3. Lakonan 1 sesi x 40 pengengar 5
Jumlah 13

6.0 HADIAH
Pertandingan “Program NILAM 2012”
i. Pembaca Terbanyak mengikut Aliran (Jan– Oktober 2012) Tempat 1, 2 dan 3
ii. Kelas yang paling banyak membaca mengikut Aliran ( Januari—Oktober 2012) Tempat 1,2 dan 3
iii. Keseluruhan Pembaca Terbanyak 2012 Tahap 1 dan 2
Tempat 1,2 dan 3
iv. Keseluruhan Kelas Terbanyak Membaca 2012 Tahap 1 dan 2 (Tempat 1,2 dan 3)
v Rakan Pembaca Keseluruhan Tahap 1 dan 2 (markah terbanyak) Tempat 1, 2 dan 3
Tempat 1,2, dan 3 - Rakan Pembaca Tahap 1 dan 2 (Markah terbanyak keseluruhan) Tempat 1,2,3


7.0 STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN
1. Dua waktu membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
2. Gunakan masa waktu di PSS untuk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
3. Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran dan catat sedikit nota ke dalam rekod, laporan penuh direkodkan hanya apabila habis satu buku yang dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai seminggu atau tulis di whiteboard)
4. Gunakan 10-15 minit untuk membaca dengan kuat dalam P&P terutamanya dalam pelajaran B.I,BM, Bahasa Arab,agama atau satu aktiviti formal
5. Mata pelajaran lain seperti Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan galakkan tugasan folio dan catatkan ringkasan tentang buku rujukan untuk tugasan.
6. Galakkan murid membaca pada waktu senggang di sekolah dan rumah.
CONTOH AKTIVITI MEMBACA
Ø Resensi Buku Baru (tajuk/ diskusi tentang tema dll)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Pameran bertema
Ø Sudut Bacaan Kelas
8.0 PERANAN KETUA PANITIA
1. Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid.
2. Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualliti.
3. Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama Penyelaras NILAM.
4. Memantau pelaksanaan Program NILAM.
5. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
9.0 PERANAN GURU KELAS
1. Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.
2. Mengalakkan murid-murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara aktif.
3. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
4. Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data NILAM.
5. Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut perancangan.
6. Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM (Guru Kelas Inisiatif) setiap hujung bulan.
7. Mengenal pasti murid yang layak ke tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca(Guru Kelas Inisiatif setiap aliran)
10.0 PENUTUP
Program ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Bangsar dan seterusnya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui pembacaan serta meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid SK Bangsar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...