Flipbook.

Thursday, January 25, 2018

ORIENTASI PSS TAHUN 4 2018

TARIKH : 23 JANUARI 2018 RABU

 Scan kad untuk penggunaan PSS
 24 Januari 2017

Wednesday, January 24, 2018

Sunday, January 21, 2018

JAWATANKUASA NILAM 2018

Pengerusi : Encik Soharto Bin Baharen  - Guru Besar
Naib Pengerusi :
Pn Siti Maziah Binti Malik  - GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Norsilah Binti Dali - GPK Hal Ehwal Murid
Encik Ikhwan Najib Bin Badar - GPK Kokurikulum
Pn Hasmah Bt Usman - Penyelia Petang
Penyelaras : Cik Mohana Priya a/p Mundiandy
Setiausaha : Cik Nor Ain Bt Che Ali@Bahari
GuruData  NILAM Pagi : Cik Mohana Priya a/p Mundiandy
Guru Data NILAM Petang : Cik Nor Ain Bt Che Ali@Bahari
Guru Perpustakaan : Cik Norhazalina Binti Hashim
Ketua NILAM Aliran
Tahun 1 : Pn Roszaini Bt Mohd Zin
Tahun 2 : Pn Nik Nursuhada Bt Hamid
Tahun 3 : En Mohd Adib Afifi Bin Nadzri
Tahun 4 : Pn Ku Fatin Azirah
Tahun 5 : Pn Norsyahirah Bt Aziz
Tahun 6 : Pn Sarimah Bt Muhamad
Guru Pemulihan
1.Pn Hazirah Binti Mohd Jamil
2.Pn Vanitha a/p Sanasaya
Guru Prasekolah:
1.Cik Amie Binti Ismail
2. Pn Azira Bt Raja Yusof
Jurukamera :
1. Encik Mohd Hafizi Bin Abdullah
2. Pn Razliana Binti Zulkafli
Dokumentasi :
Cik Norhazalina Bt Hashim
Cik Nor Ain Bt Che Ali
Cik Mohana Priya a/p Mundiandy
Semua Ketua Panitia
Semua Guru Kelas

Tindakan : Makluman
Senarai Tugas

Pengerusi ( Guru Besar )

1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM peringkat
    sekolah.
3. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
4. Memastikan pelaksanaan Program NILAM di peringkat sekolah berjalan dengan
   lancar.
5. Mengamati masalah, kelemahan dan kelebihan Program NILAM dan mengambil
    tindakan susulan.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
7. Menentukan bahan bacaan mencukupi dan sesuai untuk murid.
8. Menentukan pihak yang mengesahkan dan menandatangani  Buku Rekod
    Membaca NILAM.
9. Mengenalpasti guru untuk diberi kursus atau seminar berkaitan.
10. Meluluskan peruntukan kewangan.
Tindakan : Pengerusi
Timbalan Pengerusi ( Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum )

1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Bertanggungjawab kepada Pengerusi menjalankan tugas Pengerusi semasa   
     ketiadaannya.
3. Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras,memantau dan menilai
    pelaksanaan Program NILAM.
4. Memastikan setiap panitia mengadakan sekurang-kurangnya satu aktiviti yang
    menyokong Program NILAM.
5. Menyimpan Rekod Pencapaian Bulanan pelajar pada hujung tahun.
Tindakan : Timbalan Pengerusi
Penyelaras Program ( Guru Perpustakaan )

1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Memberi taklimat kepada murid.
3. Mengagihkan buku pinjaman kelompok.
4. Menyedia dan melaporkan analisis koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber
    Sekolah.
5. Mengurus pembelian buku PSS berasaskan keperluan dan sistem pembelian
    sekolah.
6. Menyelaraskan aktiviti membaca yang menyokong Program NILAM yang
    dirancang oleh setiap panitia.
7. Menyelaras pengurusan data (pengumpulan, pengisian dan analisis).
8. Membentang laporan pencapaian NILAM di peringkat sekolah.
Tindakan : Penyelaras Program
Setiausaha

1. Membantu Penyelaras melaksanakan program NILAM peringkat sekolah.
2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan.
3. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
4. Mengedarkan buku rekod bacaan pelajar kepada guru kelas.
5. Menganalisis data pencapaian keseluruhan murid
6. Membantu Penyelaras Program menyediakan laporan peringkat sekolah
Tindakan : Setiausaha
Ketua Panitia

1. Membantu pemilihan bahan bacaan.
2. Merancang dan menyelaras aktiviti Tahap Jauhari dan Rakan Pembaca.
3. Membuat anggaran perbelanjaan Program NILAM.
4. Menyelia pelaksanaan Program NILAM.
Tindakan : Ketua Panitia 
Guru Kelas

1. Mengesah dan menandatangani buku rekod bacaan.
2. Membuat pinjaman kelompok buku dari Pusat Sumber Sekolah.
3. Menggalak dan membimbing murid membaca.
4. Menyediakan sudut bacaan di dalam kelas.
5. Mengemaskini Rekod Pencapaian Bulanan setiap muridnya.
6. Mengisi data bacaan bulanan dan menyerahkan data tersebut kepada guru data
    NILAM.
7.Menyimpan analisis pencapaian bulanan setiap muridnya.
8. Menyedia & mempamerkan data bacaan murid di papan kenyataan kelas.
9. Mencatat rekod bacaan terkini pelajar dalam :
    - PAJSK
    - Sijil berhenti sekolah
    - Surat akuan sekolah
Tindakan : Guru Kelas 
Ketua Nilam Aliran

1. Membantu guru kelas dan guru pembimbing dalam program galakan membaca.
2. Memantapkan dan memantau aktiviti membaca yang menyokong Program NILAM
    yang telah dirancang.
3. Mengambil tindakan selepas pembentangan laporan Setiausaha NILAM.
4. Mengumpul rekod Nilam Aliran.
5. Mengedarkan borang data NILAM kelas setiap bulan kepada guru kelas.

Tindakan : Ketua Nilam Aliran

Guru Data Nilam Sesi Pagi dan Petang

1. ‘Key-in’ data pembacaan  daripada Ketua NILAM Aliran tiga bulan sekali. Data tersebut akan dihantar ke PKG Bangsar.
2. Mencetak borang data NILAM setiap bulan dan kelas.
3. Menyedia sistem fail NILAM.
2. Menjadi urusetia Anugerah NILAM peringkat sekolah.

Tindakan : Guru Data Nilam

MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 6 2018

TARIKH : 20 JANUARI 2018 SABTU
TEMPAT : DEWAN BESTARI






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...