Kuala Lumpur (Jawi: كوالا لومڤور) (KL) atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL.
Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat satu lagi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya.

SEJARAH
Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih besar. Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang.Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.
Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih muda itu, terutamanya Perang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit, kejadian kebakaran dan banjir.Sekitar 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali ekonominya.Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik.
Pada tahun 1881, berlakunya malapetaka kebakaran besar disusuli banjir besar, memusnahkan struktur kayu atap bangunan-bangunan Kuala Lumpur. Residen British di Selangor, Frank Swettenham, bertindak dengan mewajibkan semua bangunan dibina daripada batu-bata dan jubin sahaja.Kebanyakan bangunan batu-bata baru menyerupai rumah kedai di China Selatan, dengan ciri-ciri "kaki lima" dan juga hasil kemahiran pertukangan kayu Cina, maka menyerlahkan seni bina eklektik rumah kedai tersendiri yang biasa terdapat di rantau ini. Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi. Berikutan kepesatan pembangunan pada 1890-an, maka wujudnya sebuah Lembaga Kebersihan (Sanitary Board). Pada tahun 1896, Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang baru.

Pelbagai komuniti berlainan keturunan mencari tempat tinggal di merata Kuala Lumpur. Kaum Cina menetap di sekitar pusat perdagangan Medan Pasar (Market Square) di timur Sungai Klang, ke arah Pekan Cina (Jalan Petaling). Kaum Melayu, Chettiar India, dan India Muslim pula menetap di sepanjang Java Street (kini Jalan Tun Perak). Padang yang kini dikenali sebagai Dataran Merdeka, merupakan pusat pejabat pentadbiran British.
Ketika Perang Dunia II, Kuala Lumpur ditawan oleh tentera Jepun pada 11 Januari 1942 dan menguasainya bersama seluruh Tanah Melayu sehingga 15 Oktober 1945, apabila panglima besar Tentera Kawasan Ketujuh Jepun di Singapura dan Tanah Melayu, Seishirō Itagaki, menyerah kalah kepada pentadbir British selepas pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki. Kuala Lumpur meredah zaman peperangan, kejatuhan nilai getah dan timah dan zaman darurat ketika Tanah Melayu berdepan dengan pemberontakan komunis.Pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu merdeka dari pemerintahan British.Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Kuala Lumpur mencapai status bandaraya pada tahun 1972,menjadikannya penempatan pertama di Malaysia yang dikurniakan status itu sejak mencapai kemerdekaan. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan,lalu menyerahkan status ibu negeri Selangor kepada Shah Alam pada tahun 1978.Pada 14 Mei 1990, Kuala Lumpur menyambut 100 tahun kerajaan tempatannya dengan memperkenalkan lagu dan bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada 1 Februari 2001, Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan juga pusat kerajaan persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi pentadbiran dan kehakiman kerajaan beralih dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Namun begitu, Kuala Lumpur masih mengekalkan fungsi perundangan,dan juga kekal sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong.

No comments:
Post a Comment