Flipbook.

Friday, May 18, 2012

PROJEK TOGETHER WE LEARN TOGETHER WE SERVE

Projek ini telah dilaksanakan selama 2 minggu bermula dari 23 April  - 4 Mei 2012 oleh 3 pelajar Universiti Malaya iaitu saudari Siti Nurfatihah Bt Zakaria, Radhiah Bt Yunus dan Muhammad Faiz Bin Mohd Amir dengan jayanya. Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang projek ini ialah Pameran Bertema Makanan Tradisional Masyarakat Berbilang kaum di Malaysia, permainan, mewarna dan tayangan video.
Majlis penutup telah diadakan pada 17 Mei 2012 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar yang telah dirasmikan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun - Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum. Encik Mohd Ali sudi menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang telah memenangi aktiviti yang dijalankan. Penutup diakhiri dengan persembahan murid  tahun 4 telah membuat persembahan lagu "Gemuruh".
Hadiah dan sijil yang disediakan oleh pelajar Universiti Malaya
Backdrop
Ketua Pengarah Projek - Siti Nurfatihah Binti Zakaria
Encik Mohd Ali Bin Kasmun selaku Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum  merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah

Encik Mohd Ali Bin Kasmun - Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Persembahan tarian - Gemuruh
Murid-murid bersama tiga orang pelajar Universiti Malaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...