LAPORAN
PENUH
KEM MEMBACA
1 MALAYSIA 2013
1.0
TAJUK PROGRAM
Kem Membaca 1 Malaysia 2013
2.0
TEMPOH PELAKSANAAN
28 Oktober – 6 November 2013
3.0
TEMPAT
Sekolah
Kebangsaan Bangsar
4.0
OBJEKTIF
4.1.Mengisi masa
lapang murid selepas peperiksaan.
4.2.Menggerakkan
program galakkan membaca.
4.3.Memupuk minat
membaca secara berterusan.
4.4.Mencungkil bakat
melukis poster KM1M dan mewarna kulit buku.
4.5.Menjadikan PSS
sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
5.0 AJK PELAKSANA
JAWATANKUASA
INDUK KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2013
Pengerusi
Pn Che Norizam
Binti Abdullah
Guru Besar
Naib Pengerusi
Encik Mohd Ali Bin Kasmun
GPK Tadbir dan
Kurikulum
Pn Nor Shafina
Bt Yasak
GPK HEM
Penyelaras Program
Cik Norhazalina
Binti Hashim
Setiausaha
Pn Zalina Binti
Muhamad
Bendahari :
Encik Mohd
Nazir Bin Majid
Ahli Jawatankuasa :
AJK Pusat
Sumber
Pengawas Pusat
Sumber
PA Sistem
Encik Mohd
Shahrol Bin Ibrahim
Encik Abdul
Halim Bin Abdullah
Juruacara
Cik Norhafizah
Binti Azman
Persiapan Dewan
Encik Nordin Bin Samad
Encik Mohd Sabri B. Che
Bedolah
Encik Adenan Bin Mustapha
Disiplin
Encik
Norhazlesham Bin Mad
Encik
Mohd Faisal Bin Zainal Abidin
Encik
Naharuddin Bin Mahpot
Jurukamera
Encik
Izatul Akma B. Ab.llah
Encik
Mohd Nazir Bin Majid
Hadiah :
Cik Nurfazliah
Binti Muhamad
Pn Zalina Binti
Muhamad
Cik Amie Bt Ismail
Dokumentasi :
Cik
Norhazalina Binti Hashim
6.0
AKTIVITI
PELAKSANAAN
28 Oktober – 6
November 2013
Panitia / Aktiviti
|
Tarikh /AJK Pelaksana
|
- Membaca Bersama Selama 2013 saat , 33
minit 55 saat
|
28 Oktober 2013
Guru Bertugas
Tapak Perhimpunan
|
2.
Tayangan
3D, cerita pendek – Kasut Kelopak Jantung
|
28 Oktober – 6
November 2013
Bilik Media
En Mohd Nazir dan
Mohd Zulkarnain
|
- Pertandingan Lukisan
“Kem Membaca 1 Malaysia”
|
29 Oktober 2013
En Mohd Nazir
Tempat : PSS
|
- Pertandingan Mewarna Kulit Buku
|
28 Oktober – 6
November 2013
Tempat : PSS
|
5. 10 minit bersama buku
|
29 Oktober – 6
November 2013
Tempat : Dewan
Guru Bertugas
|
6. Pengunjung Bertuah Pusat Sumber
Murid
|
28 Oktober – 6
November 2013
Tempat : PSS
|
7.0
KUMPULAN SASARAN
Murid Tahap 2
8.0 IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama
daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Kem
Membaca 1
Malaysia.
8.2 Murid dapat mencungkil bakat
melukis poster Kem Membaca 1 Malaysia dan
mewarna kulit buku.
8.3 Murid dapat mengaplikasi
kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti
tayangan 3D dan cerita pendek dengan menulis nilai dan pengajaran
yang
terdapat dalam tayangan tersebut.
8.4
Murid dapat menggunakan Pusat
Sumber untuk mendapatkan bahan rujukan.
9.0 LAPORAN
Kem Membaca 1 Malaysia
telah dilancarkan pada 28 Okt 2013 di Dataran Perhimpunan . Majlis ini telah
dirasmikan oleh Pn. Che Norizam bt Abdullah selaku Guru Besar Sk Bangsar. Cik
Norhazalina Binti Hashim Guru Pusat Sumber Sekolah telah memberi taklimat Kem
Membaca 1 Malaysia. Murid bersama guru membaca buku selama 2013 saat di Dataran
Perhimpunan.
Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan beberapa aktiviti antaranya
pertandingan Lukisan Kem Membaca 1 Malaysia, mewarna kulit buku, 10 Minit
Bersama Buku, tayangan 3D dan cerita pendek dan Pengunjung Pusat Sumber Bertuah.
Pertandingan Lukisan Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada 29
Oktober 2014 di Pusat Sumber. Seramai 35 orang murid Tahap Dua telah
menyertainya. Murid diterangkan format cara melukis poster. Pihak Pusat Sumber
menyediakan kertas lukisan. Murid membaca peralatan lukisan sendiri. Murid
melukis poster KM1M selama 2 jam.
Tayangan 3D dan Cerita Pendek – Kasut kelopak jantung. Murid yang
telah menonton cerita tersebut diminta menyenaraikan nilai dan pengajaran yang
terdapat dalam cerita tersebut.
Pertandingan Mewarna Kulit Buku, murid-murid mewarna kulit buku mengikut
kreativiti. Hadiah misteri diberi kepada pengunjung bertuah PSS sepanjang KM1M.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 11 November 2013 di Dewan Bestari. Encik Mohd Ali Bin Kasmun, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Semua murid melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti
yang dijalankan sepanjang Kem Membaca 1 Malaysia.
10.0 PENUTUP
Kem Membaca 1Malaysia
(KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah
Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah
dilaksanakan dengan sistematik dan terancang yang dapat memberi impak baik dari
segi mencerna minda serta memupuk minat membaca di kalangan warga SK Bangsar.
11.0 LAMPIRAN
11.1 Nama-nama pemenang pertandingan.
11.2 Gambar-gambar aktiviti Kem
Membaca 1 Malaysia.
Disediakan oleh :
..........................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)