Flipbook.

Friday, May 28, 2010

Pameran Bertema " Demam Bola...Piala Dunia 2010"

"Demam Bola ... Piala Dunia 2010"
1 Jun - 11 Julai 2010
Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar

Sudut Pameran


Pertandingan Mewarna Logo dan Maskot Piala Dunia 2010 - Borang penyertaan boleh didapati daripada Cik Norhazalina Sesi Pagi dan Cik Nor Asiah Sesi Petang di Pusat Sumber SK Bangsar.

HARI WESAK

28 Mei 2010 - Jumaat

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M

Thursday, May 27, 2010

Rahsia pemakanan ilmuwan Islam



1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Tuesday, May 25, 2010

Demam Bola..Piala Dunia 2010

Demam Bola ....Piala Dunia

Piala Dunia FIFA
Piala Dunia FIFA (selalu dipanggil sebagai Piala Dunia bola sepak atau lebih senang dikenali sebagai Piala Dunia adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA)), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.
Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.[1] Dalam 17 pertandingan yang telah diadakan, hanya tujuh negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil adalah pemegang terkini, juga merupakan pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia telah memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali, manakala Jerman dan Itali mengikuti dengan tiga kali masing-masing. Pusingan akhir Piala Dunia yang berikutnya bakal berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai, 2010.

Piala Dunia FIFA 2010

Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan premier bola sepak antarabangsa. Ia dijadualkan akan berlangsungdari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan

Ini merupakan kali pertama kejohanan ini dianjurkan oleh negara Afrika, selepas Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan seluruh Afrika. Itali adalah juara bertahan. Undian untuk akhir mengambil tempat pada 4 Disember 2009 di Cape Town.

PEMILIHAN TUAN RUMAH

Afrika telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2010, sebahagian daripada polisi baru untuk penggiliran acara tersebut di antara konfederasi bola sepak (polisi ini ditangguhkan pada Oktober 2007). Lima negara Afrika membuat bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2010:

Berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif FIFA tidak membenarkan tuan rumah bersama, Tunisia menarik diri dari proses pembidaan. Jawatankuasa juga membuat keputusan untuk mengetepikan bidaan Libya yang tidak dapat memenuhi syarat tercatat dalam senarai permintaan rasmi.

Selepas pusingan pertama pengundian, bidaan yang berjaya diumumkan oleh presiden FIFA Sepp Blatter dalam satu sidang media pada 15 Mei 2004 di Zurich. Afrika Selatan telah dianugerahkan hak penganjuran kejohanan tersebut, menewaskan Maghribi dan Mesir

Keputusan:

  1. Afrika Selatan, 14 undi
  2. Maghribi, 10 undi
  3. Mesir, 0 undi

Tunisia menarik diri pada 8 Mei 2004 selepas tuan rumah bersama tidak dibenarkan

Libya bidaan ditolak: kerana tidak memenuhi senarai permintaan dan tuan rumah bersama tidak dibenarkan



Monday, May 24, 2010

PKSR 1

PKSR 1

Tarikh : 24 - 27 Mei 2010

Selamat menghadapi peperiksaan. Buat yang terbaik.

Untuk menghadapi peperiksaan, anda dikehendaki melakukan perkara-perkara berikut :
Persediaan Asas
1. Semangat yang tinggi
2. Pembacaan yang banyak
3.Kefahaman yang jelas
4.Ulangkaji berterusan
5.Keyakinan diri


Selain itu, lakukanlah perkara-perkara berikut :

1. Sepanjang minggu peperiksaan hendaklah menunaikan solat hajat.
2. Tidur awal dengan berpakaian bersih dan dalam keadaan berwuduk
. Tidur dengan mengiring ke kanan dan menghadap kiblat.
3. Sewaktu ingin melangkah keluar dari rumah, bertakbir sebanyak 9 kali dan melangkah dengan dimulai kaki kanan.
4. Apabila sampai di dewan peperiksaan, bertakbirlah sebanyak 9 kali.
5. Sewaktu menunggu kertas peperiksaan dan sebelum menjawab peperiksaan, bacalah surah An-Nasyrh sebanyak 9 kali.
6. Sekiranya terlupa ketika menjawab soalan peperiksaan, berselawatlah sebanyak 3 kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...