Flipbook.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

1 Syawal 1431, 10 September 2010
Assalamualaikum.....
Pihak AJK Kerja Blog PSS SK Bangsar, ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua guru , murid dan kakitangan SK Bangsar. Ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap tanpa disedari. Terima kasih kerjasama yang diberikan untuk memantapkan lagi blog PSS SK Bangsar. Kami juga ingin mengingatkan supaya berhati-hati semasa berada di jalan raya ketika kunjung-mengunjung. Ingatlah kepada insan tersayang.

Saturday, September 4, 2010

Majlis Penutup Ihya' Ramadan

Tarikh : 3 September 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Bestari
Majlis Penutup Ihya Ramadan telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 3 September 2010. Majlis ini berlangsung di Dewan Bestari SK Bangsar pada pukul 8.00 pagi. Objektif majlis ini diadakan untuk memupuk semangat kekitaan dan semangat kerjasama antara satu sama lain antara arga sekolah. Disamping itu menyedarkan warga sekolah tentang hari hari dan bulan-bulan kebesaran Islam serta mengambil iktibar sejarah dan kisahnya. Warga SK Bangsar dapat menimba ilmu dan pengetahuan melalui ceramah serta aktiviti yang dijalankan.
Majlis telah dipengerusikan oleh Pn Normahidah, Pn Masrina dan Pn Suzana Nawawi. Bagi memberkati majlis, bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mansor Bin Kamis. Guru Besar Tuan Haji Nordin Bin Yaman telah sudi menyampaikan cenderahati kepada semua guru. Majlis khatam Al-quran telah diketuai oleh Ustaz Sabri Che Bedolah bersama-sama guru-guru lelaki dan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Guru Besar telah menyampaikan ucapan. Beliau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga sekolah. Guru Besar menyampaikan duit raya kepada 16 orang guru yang bertuah.
Majlis diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak Ramadan oleh adik Nurul Syafikah dari Tahun 6 Dinamik. Manakala adik Fatin, Alia dan Hasanh telah membuat persembahan Sembang 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris mengenai Ramadan dan Syawal.
Ustaz Najib Bin Jamri telah mengetuai bacaan selawat. Manakala Ustaz Aidid mengetuai majlis Takbir Raya. Ustaz Sabri telah memberi tazkirah Solat Raya Aidilfitri. Encik Azram pula telah memberi taklimat mengenai keselamatan jalan raya. Semoga segala maklumat yang diberikan dapat memberi pengajaran kepada warga sekolah. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati buat murid-murid dan bersalaman antara warga sekolah.

Juruacara Majlis Pn Normahidah, Pn Masrina dan Pn Suzana Nawawi
Bacaan doa oleh Ustaz Mansor Bin KamisUcapan perasmian penutup Ihya' Ramadan 2010 oleh guru besar Tuan Haji Nordin B. Yaman16 guru yang menerima duit raya daripada Guru BesarMurid-murid tahun 4. 5 dan 6Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Tahap 2 bersama guru-guru lelaki
Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada semua guru.
Persembahan deklamasi sajak oleh adik Nurul Shafikah 6 Dinamik
Persembahan murid Tahun 4- Sembang 3 bahasa oleh adik Fatin, Alia dan Hasanah
Persembahan deklamasi sajak oleh Encik Ismail B. Ahmad - Guru Penolong Kanan KokurikulumTazkirah Solat Sunat Aidilfitri oleh Ustaz Sabri
Taklimat Keselamatan di Jalan Raya oleh Cikgu Azram
Selawat yang diketuai oleh Ustaz Najib
Takbir raya diketuai oleh Ustaz Aidid Bin Abdul RahmanBersalam-salaman murid-murid bersama guru-guru SK Bangsar

Friday, September 3, 2010

Pameran Bertema "Hari Kebangsaan"

Tarikh : 16 Ogos - 30 September 2010
Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar
Pameran Buku





"Kemerdekaan" adalah satu kata pembebasan negara daripada penjajahan pihak lain dalam mentadbir dan merampas hasil bumi dan keringat rakyat Malaysia. Dahulunya negara kita telah dijajah oleh banyak pihak, bermula dengan Portugis, Inggeris, Jepun, Komunis Bintang 3 dan kembali dijajah semula oleh Inggeris. Dari situ barulah kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk (gabungan Sarawak dan Sabah) pada 16 september 1963.
Oleh itu, Pusat Sumber SK Bangsar telah merancang untuk mengadakan pameran bertema Hari Kebangsaan “ 1 Malaysia Menjana Transformasi” demi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan pelajar di samping menanam semangat cintakan negara serta menggalakkan pelajar mencintai budaya ilmu.

Matlamat :

Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :

1. menarik minat membaca di kalangan pelajar

2. memupuk semangat patriotisme di kalangan warga sekolah.

3. memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman pameran yang

dijalankan

Objektif :

Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :

1. memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang tokoh-tokoh

kemerdekaan.

2. Mengetahui maklumat bunga kebangsaan dan Jalur Gemilang

3. mengetahui logo dan tema Hari Kebangsaan 2010.

4. belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran

pameran.

Aktiviti:

1 Pameran buku tentang kemerdekaan

2 Gambar logo dan tema Hari Kebangsaaan.

3 Soalan kuiz pameran bertema

4 Pengunjung bertuah

5 Pertandingan mewarna Bendera Jalur Gemilang

6 Sudut pameran mengenai bunga kebangsaan dan Jalur Gemilang

Thursday, September 2, 2010

Bulan Patriotisme 2010

AKTIVITI SEMPENA BULAN PATRIOTISME 2010
ANJURAN PANITIA KAJIAN TEMPATAN

Peraduan mewarna Bunga Raya
Tahun 1
Diadakan di Pusat Sumber dan Bilik Media


Murid-murid Tahun 5
Tempat : Bilik Seni





Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...