Flipbook.

Sunday, May 13, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

 
TEMA HARI GURU 2012 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
  • LOGO HARI GURU
    Putih
    - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
    Perak
    - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
    Kuning
    - Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
      membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
    Merah
    - Menunjukkan keteguhan semangat.
    Biru
    - Menunjukkan perpaduan muhibah.

    Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.  
  • Sumber :  http://www.moe.gov.my/?id=288&lang=my

HARI CERIATHON

Hari Ceriathon telah diadakan pada 12 Mei 2012 bersamaan hari Sabtu.

Friday, May 11, 2012

LAPORAN BERGAMBAR PAMERAN BERTEMA MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA

LAPORAN BERGAMBAR
Pelajar UM menyediakan sudut pameran
Sudut Pameran
Literasi maklumat- murid mencari jawapan kuiz di sudut pameran
Kuiz melukis makanan tradisional
Pertandingan mewarna makanan tradisional

Permainan

Sesi cuba rasa

Sesi mencuba rasa makanan tradisional kaum Melayu iaitu dodol. Murid telah diberi peluang merasa dan memberi pendapat makanan yang telah diberi.
 Permainan Roda Impian- murid diminta memusingkan roda, apabila berhenti di sesuatu bahagian, murid akan menjawab soalan yang disediakan. Sekiranya betul hadiah istimewa akan diberi.

CERIATHON 2012

12 MEI 2012 - SABTU

Objektif :
1. Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara guru dan ibu bapa.
2. Mengumpul dana PIBG untuk membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti yang melibatkan guru dan murid khususnya.
3. Memupuk bakat serta kreativiti murid melalui aktiviti luar bilik darjah.
4. Membiayai kegiatan dan aktiviti kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun.
5.  Menjana tabung kebajikan guru dan murid.
6. Meningkatkan keceriaan sekolah.

Atur cara :
8.00 pagi :
Bacaan doa
Ucapan Pengerusi  Majlis
Ucapan Alu-aluan Pengerusi Program
Ucapan Perasmian oleh Pn Che Norizam Bt Abdullah, Guru Besar SK Bangsar
Gimik SK Bangsar
Gimik Perasmian
Persembahan artis SK Bangsar
Permintaan  Lagu
Cabutan Bertuah 1

Pertandingan Bayi Comel
Pertandingan Gusti Lengan Kaum Bapa
Pertandingan Mewarna
Cabutan Bertuah 2
Pertandingan Idola Kecil SK Bangsar
Pertandingan Pakaian Beragam
Pertandingan Gubahan Tuala Kaum Ibu
Cabutan Bertuah 3

Penyampaian hadiah pertandingan bayi comel
Penyampaian hadiah pertandingan pakaian beragam
Cabutan bertuah utama
2.30 petang :
Majlis bersurai


Wednesday, May 9, 2012

ANUGERAH NILAM PERAK DAN EMAS MEI 2012

ANUGERAH PERAK

1. NURFATINI BINTI IBNOR HAJAR - 5 DINAMIK

ANUGERAH EMAS

1.NURFATINI BINTI IBNOR HAJAR - 5 DINAMIK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...