Flipbook.

Sunday, April 21, 2013

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM ANGKASAPURI


LAPORAN PENUH

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM ANGKASAPURI
1.0 TAJUK PROGRAM
Lawatan sambil belajar ke RTM Angkasapuri 
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 14 Mac 2013 (Khamis) 
3.0 TEMPAT
RTM Angkasapuri
4.0 OBJEKTIF
4.1  Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan RTM Angkasapuri.
4.2 Menimba pengetahuan  ilmu sains teknologi dan bidang penyiaran media massa.
4.3 Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
4.4 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
4.5 Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.

5.0      AJK PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                             : Pn Che Norizam Binti Abdullah
                                                    Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
                                               GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                              Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                               Pn Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                             : Pn Zalina Binti Muhammad
Disiplin                                  : Encik Mohd Nazir Bin Majid      
Jurukamera                          : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi                       : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN
1.

7.40  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan  Bestari SK Bangsar
-       Ambil kehadiran murid
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
Mendengar taklimat
2.
 8.00 pagi
Sarapan di kantin sekolah


3.
8.30 pagi
Bas bertolak ke RTM Angkasapuri


4.
8.45 pagi
Ketibaan
RTM Angkasapuri

5.
9.00  pagi
Taklimat mengenai RTM – oleh wakil RTM Encik Muhd Ezuwan Bin Osman
Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Melawat Wisma TV
-Melawat Studio 1
-Set Selamat Pagi 1 Malaysia
-Set Hello On 2
-Bilik Persalinan

Literasi Maklumat
7.
10.30 pagi
Melawat Wisma Radio
-Auditorium Perdana
Literasi Maklumat
8.
11.00 pagi
Sesi Soal Jawab
Pertukaran cenderahati
Literasi Maklumat
9.
11.15 pagi
Muzium Penyiaran
Sesi Fotografi
Makan

10.
12.00 tengah hari
Pulang ke SK Bangsar


11.
12.15 tengah hari
Sampai ke SK Bangsar



7.0      KUMPULAN SASARAN
40 orang murid Tahun 4,5 dan 6

8.0       IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.
8.2 Murid dapat mengetahui lokasi RTM Angkasapuri.
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui maklumat
Wisma TV, radio dan Muzium Penyiaran.
8.4 Murid dapat mengetahui sejarah awal penubuhan RTM, rancangan TV1 dan
      TV2, serta siaran radio di RTM.
9.0        LAPORAN
Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RTM Angkasapuri pada 14 Mac 2013. Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6 serta 4 orang guru pengiring. Murid-murid berkumpul di Dewan Bestari SK Bangsar untuk dibahagikan kepada 4 kumpulan. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Cik Norhazalina Binti Hashim mengenai disiplin dan kerja kumpulan yang diberikan.
Para peserta lawatan menikmati sarapan pagi nasi lemak , sandwich dan kuih-muih. Tepat pada pukul 8.30 pagi bertolak ke RTM Angkasapuri. Kami disambut oleh wakil RTM Angkasapuri Encik Ezuwan Bin Osman.Beliau menerangkan serba ringkas peraturan semasa sesi lawatan. Peserta lawatan telah dibawa ke Wisma TV. Tempat pertama yang kami lawati ilah Studio 1. Encik Ezuwan menerangkan peralatan dan kegunaan serta fungsi Studio 1.
Peserta lawatan dibawa ke studio berita. Kami berpeluang melihat lebih dekat cara dan peralatan yang digunakan untuk membaca berita. Seterusnya para peserta lawatan dibawa ke Studio Selamat Pagi 1 Malaysia dan Hello On 2. Kami berpeluang berbual mesra bersama pengacara Selamat Pagi 1 Malaysia dan pelakon terkenal Fauziah Nawi. Murid-murid dibenarkan menggunakan peralatan kamera yang terdapat di studio serta bergambar di set Selamat Pagi 1 Malaysia sebagai kenang-kenangan. Kemudian kami dibawa ke bilik persalinan pakaian untuk juruacara rancangan tv dan pembaca berita.
Pada pukul 10.30 pagi, peserta lawatan dibawa ke Auditorium Perdana. Kami tidak berpeluang masuk kerana sedang berlangsung raptai rancangan RTM. Kami telah dibawa ke Wisma Radio yang diterbitkan oleh RTM. Pihak PPS SK Bangsar telah menyampaikan cenderahati buat wakil RTM yang sudi menerangkan kemudahan yang terdapat di RTM.
Kami melawat Muzium Penyiaran yang terdapat di RTM. Muzium ini menempatkan sejarah dan peralatan penyiaran yang lama digunakan sejak penubuhan awal RTM. Sebelum pulang murid menikmati makan tengah hari di kantin RTM. Kami selamat tiba di SK Bangsar pada 12.15 tengah hari.
Majlis Penyampaian hadiah buat kumpulan yang memenangi kuiz dan laporan terbaik yang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum pada 8 April 2013  bertempat di Dataran Perhimpunan.
10.0      PENUTUP
Lawatan ini murid-murid dapat menimba ilmu sains penyiaran TV dan radio. Murid-murid dapat mengetahui lebih dekat bagaimana siaran langsung diadakan seperti rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia serta Berita Jam 10. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.
11.0    LAMPIRAN
11.1   Nama-nama murid-murid dan guru.
11.2   Nama kumpulan
11.3    Gambar Lawatan Sambil Belajar ke RTM Angkasapuri :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.547889298565389.1073741833.490017061019280&type=3

Thursday, April 18, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Seramai 40 orang murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada 18 April 2013. Guru pengiring diketuai oleh Cik Norhazalina Binti Hashim, Puan Zalina, Encik Zulkifli Saad dan Encik Mohd Zulkarnain Nordin.
Murid diberi sarapan pagi mihun, sandwich dan air mineral
 Para peserta lawatan mendengar taklimat ringkas daripada Cikgu Mohd Zulkarnain
Murid beratur menaiki bas.

Selamat tiba di PPAS
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Murid mendengar taklimat mengenai sejarah penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Encik Ismail menerangkan sejarah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PPAS
Tekun mendengar taklimat
Melawat bahagian Selangor Info
Koleksi bahan-bahan berkaitan negeri Selangor terdapat di sini. Hanya pelawat dan penyelidik dibenarkan masuk untuk melihat koleksi negeri Selangor.
Menuju ke Laman Ilmu aras 4
Teater 3D
Menunggu giliran untuk masuk ke Teater 6D. Bayaran masuk RM10 tetapi kami diberi diskaun hanya membayar RM7.00 sahaja. Ketinggian 140cm sahaja yang boleh masuk ke Teater 6D. Hanya 6 orang sahaja untuk satu tayangan yang mengambil masa dalam 5 minit.
Zon Kreatif- Bahagian bacaan kanak-kanak
Murid-murid diberi peluang menggunakan kemudahan ICT di Zon Kreatif
Murid diberi peluang membuat rakaman pembaca berita
Di bawah pohon yang rendang
Cenderahati daripada Pusat Sumber SK Bangsar buat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Terima kasih segala layanan yang amat baik. Moga lawatan ini akan memberi ilmu sains perpustakaan kepada para peserta lawatan.
Murid menikmati makan tengah hari di Cafe PPAS
Bergambar di depan PPAS
Gambar lain boleh layari :






Sunday, April 14, 2013

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bangsar telah mengadakan aktiviti Merentas Desa pada 13 April 2013. Murid Tahap 2 telah terlibat dalam aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Sabri Bin Che Bedolah. Guru Besar SK Bangsar Pn Che Norizam Bt Abdullah telah menyampaikan ucapan dan merasmikan Merentas Desa Peringkat Sekolah.Seterusnya senamrobik yang diketuai oleh Pn Norlaili Aziz bersama guru-guru, AJK PIBG dan murid-murid. Rumah biru dilepaskan dahulu diikuti rumah hijau, merah kuning dan ungu. Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar...
Pendaftaran

Senamrobik

mula
Penamat
Markah kad peserta
Pencatat pemenang
10 orang pemenang setiap kategori dan rumah
pingat untuk para pemenang
Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum menyampaikan pingat kepada para pemenang.

Friday, April 12, 2013

LAPORAN BERTEMA TAHUN BARU CINA 2013


LAPORAN PENUH

PAMERAN BERTEMA TAHUN BARU CINA

1.0 TAJUK PROGRAM
1.1  Pameran Bertema Tahun Baru Cina
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 4- 22 Februari 2013 
3.0 TEMPAT
3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar
4.0 OBJEKTIF
4.1 memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.
4.2 mengenali jenis-jenis makanan tradisional  kaum Cina dan pantang larang perayaan Tahun Baru Cina  di Malaysia.
4.3 belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
4.4  memenuhi sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tahun 5. 
5.0      AJK PELAKSANA
Penasihat                                    : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                       : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Penyelaras                      : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                     : Pn Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari                       :  Pn Zalina Binti Muhammad
Jurukamera                     :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK Hadiah                    : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                            Cik Suzana Binti Abdullah
Sudut Pameran             : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin                    
                                            Pengawas Pusat Sumber
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN

6.1 Gambar perayaan Tahun Baru Cina.

6.2 Maklumat mengenai  perayaan Tahun Baru Cina.

6.3 Soalan kuiz terkumpul

6.4 Pengunjung bertuah

6.5 Pertandingan mewarna perayaan Tahun Baru Cina.

6.6 Pameran buku berkaitan perayaan Tahun Baru Cina.

7.0      IMPAK

7.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Pameran
      Bertema Tahun Baru Cina.
7.2 Murid dapat mengetahui dan mengenali budaya masyarakat Cina
menyambut Tahun Baru Cina.
7.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti kuiz
 dengan mencari jawapan di sudut pameran di Pusat Sumber.
7.4 Murid dapat mencungkil bakat seni mewarna berdasarkan pertandingan
mewarna gambar sambutan Tahun Baru Cina.
8.0      LAPORAN
Pameran Bertema Tahun Baru Cina diadakan pada  4- 22 Februari 2013 . Pihak AJK Pelaksana Pameran Bertema Tahun Baru Cina telah menyediakan sudut pameran bertema melalui maklumat mengenai budaya perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia . Warga SK Bangsar telah war-warkan mengenai pameran ini melalui laman blog PSS dan pengumuman di perhimpunan pagi serta petang.
Murid-murid diberi peluang menyertai pertandingan mewarna gambar suasana perayaan Tahun Baru Cina. Oleh itu, murid-murid secara tidak langsung mengetahui dan mengenai  amalan dan budaya masyarakat Cina di Malaysia..
Murid-murid mengaplikasilkan kemahiran literasi maklumat dengan membaca maklumat mengenai sejarah da nasal-usul perayaan Tahun Baru Cina.. Murid-murid mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran melalui pertandingan kuiz yang disertai.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 28 Februari 2013 semasa Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar.
9.0PENUTUP
Pameran ini, dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping mengetahui adat dan budaya masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.

10.0     LAMPIRAN
10.1   Nama-nama pemenang pertandingan mewarna perayaan Tahun Baru Cina di
Malaysia dan kuiz.
10.2  Gambar-gambar aktiviti Pamera Bertema Tahun Baru Cina di Malaysia.

PAMERAN BERTEMA TEKSTIL 2013

Pusat Sumber SK Bangsar mengadakan Pameran Bertema Tekstil pada 8-30 April 2013. Pelbagai aktiviti yang menarik seperti  soalan kuiz, pertandingan mewarna corak batik dan pengunjung bertuah . Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS SK Bangsar bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai tekstil.
Kain pua berasal daripada Sarawak
 Sudut pameran 

Buku yang berkaitan dengan tekstil
sudut maklumat tekstil

Murid memilih untuk mendapatkan soalan kuiz dan mewarna tekstil
Kemahiran Literasi Maklumat - Murid membaca maklumat tekstil untuk menjawab soalan teka silang kata.
Murid menjawab soalan teka silang kata
murid memasukkan jawapan kuiz ke dalam kotak yang disediakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...