Flipbook.

Wednesday, April 24, 2013

SUMBANGAN SCHOLASTIC

Pusat Sumber SK Bangsar telah menerima sumbangan daripada Scholastic pada 10 April 2013. PSS SKB terpilih menjalankan aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia 2012. PSS telah menghantar sekeping gambar aktiviti membaca selama 2012 saat.
surat sumbangan
Sekotak buku

Antara buku yang diterima

PERKONGSIAN PINTAR

SK Sungai Leman Sekinchan telah sudi melawat ke SK Bangsar pada 24 April 2013. Seramai 30 orang murid dan 7 orang guru tiba di SK Bangsar pada pukul 10 pagi.
Bergambar bersama 

Kehadiran murid-murid SK Sungai Leman Sekinchan disambut oleh Guru Besar SK Bangsar.
Taklimat ringkas disampaikan oleh Pn Che Norizam Bt Abdullah- Guru Besar SK Bangsar

Cenderahati SK Sungai Leman untuk SK Bangsar
Para murid dan guru SK Sungai Leman melawat PSS
Murid-murid dan guru-guru diberi cenderahati brosur PSSSKB dan NILAM serta penanda buku

 Suasana dalam Pusat Sumber SK Bangsar
Cik Norhazalina Binti Hashim menyampaikan maklumat ringkas mengenai kemudahan PSSSKB
Penerangan proses teknik bahan buku













Sunday, April 21, 2013

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM ANGKASAPURI


LAPORAN PENUH

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM ANGKASAPURI
1.0 TAJUK PROGRAM
Lawatan sambil belajar ke RTM Angkasapuri 
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 14 Mac 2013 (Khamis) 
3.0 TEMPAT
RTM Angkasapuri
4.0 OBJEKTIF
4.1  Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan RTM Angkasapuri.
4.2 Menimba pengetahuan  ilmu sains teknologi dan bidang penyiaran media massa.
4.3 Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
4.4 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
4.5 Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.

5.0      AJK PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                             : Pn Che Norizam Binti Abdullah
                                                    Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
                                               GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                              Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                               Pn Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                             : Pn Zalina Binti Muhammad
Disiplin                                  : Encik Mohd Nazir Bin Majid      
Jurukamera                          : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi                       : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN
1.

7.40  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan  Bestari SK Bangsar
-       Ambil kehadiran murid
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
Mendengar taklimat
2.
 8.00 pagi
Sarapan di kantin sekolah


3.
8.30 pagi
Bas bertolak ke RTM Angkasapuri


4.
8.45 pagi
Ketibaan
RTM Angkasapuri

5.
9.00  pagi
Taklimat mengenai RTM – oleh wakil RTM Encik Muhd Ezuwan Bin Osman
Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Melawat Wisma TV
-Melawat Studio 1
-Set Selamat Pagi 1 Malaysia
-Set Hello On 2
-Bilik Persalinan

Literasi Maklumat
7.
10.30 pagi
Melawat Wisma Radio
-Auditorium Perdana
Literasi Maklumat
8.
11.00 pagi
Sesi Soal Jawab
Pertukaran cenderahati
Literasi Maklumat
9.
11.15 pagi
Muzium Penyiaran
Sesi Fotografi
Makan

10.
12.00 tengah hari
Pulang ke SK Bangsar


11.
12.15 tengah hari
Sampai ke SK Bangsar



7.0      KUMPULAN SASARAN
40 orang murid Tahun 4,5 dan 6

8.0       IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.
8.2 Murid dapat mengetahui lokasi RTM Angkasapuri.
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui maklumat
Wisma TV, radio dan Muzium Penyiaran.
8.4 Murid dapat mengetahui sejarah awal penubuhan RTM, rancangan TV1 dan
      TV2, serta siaran radio di RTM.
9.0        LAPORAN
Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RTM Angkasapuri pada 14 Mac 2013. Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6 serta 4 orang guru pengiring. Murid-murid berkumpul di Dewan Bestari SK Bangsar untuk dibahagikan kepada 4 kumpulan. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Cik Norhazalina Binti Hashim mengenai disiplin dan kerja kumpulan yang diberikan.
Para peserta lawatan menikmati sarapan pagi nasi lemak , sandwich dan kuih-muih. Tepat pada pukul 8.30 pagi bertolak ke RTM Angkasapuri. Kami disambut oleh wakil RTM Angkasapuri Encik Ezuwan Bin Osman.Beliau menerangkan serba ringkas peraturan semasa sesi lawatan. Peserta lawatan telah dibawa ke Wisma TV. Tempat pertama yang kami lawati ilah Studio 1. Encik Ezuwan menerangkan peralatan dan kegunaan serta fungsi Studio 1.
Peserta lawatan dibawa ke studio berita. Kami berpeluang melihat lebih dekat cara dan peralatan yang digunakan untuk membaca berita. Seterusnya para peserta lawatan dibawa ke Studio Selamat Pagi 1 Malaysia dan Hello On 2. Kami berpeluang berbual mesra bersama pengacara Selamat Pagi 1 Malaysia dan pelakon terkenal Fauziah Nawi. Murid-murid dibenarkan menggunakan peralatan kamera yang terdapat di studio serta bergambar di set Selamat Pagi 1 Malaysia sebagai kenang-kenangan. Kemudian kami dibawa ke bilik persalinan pakaian untuk juruacara rancangan tv dan pembaca berita.
Pada pukul 10.30 pagi, peserta lawatan dibawa ke Auditorium Perdana. Kami tidak berpeluang masuk kerana sedang berlangsung raptai rancangan RTM. Kami telah dibawa ke Wisma Radio yang diterbitkan oleh RTM. Pihak PPS SK Bangsar telah menyampaikan cenderahati buat wakil RTM yang sudi menerangkan kemudahan yang terdapat di RTM.
Kami melawat Muzium Penyiaran yang terdapat di RTM. Muzium ini menempatkan sejarah dan peralatan penyiaran yang lama digunakan sejak penubuhan awal RTM. Sebelum pulang murid menikmati makan tengah hari di kantin RTM. Kami selamat tiba di SK Bangsar pada 12.15 tengah hari.
Majlis Penyampaian hadiah buat kumpulan yang memenangi kuiz dan laporan terbaik yang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum pada 8 April 2013  bertempat di Dataran Perhimpunan.
10.0      PENUTUP
Lawatan ini murid-murid dapat menimba ilmu sains penyiaran TV dan radio. Murid-murid dapat mengetahui lebih dekat bagaimana siaran langsung diadakan seperti rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia serta Berita Jam 10. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.
11.0    LAMPIRAN
11.1   Nama-nama murid-murid dan guru.
11.2   Nama kumpulan
11.3    Gambar Lawatan Sambil Belajar ke RTM Angkasapuri :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.547889298565389.1073741833.490017061019280&type=3

Thursday, April 18, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Seramai 40 orang murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada 18 April 2013. Guru pengiring diketuai oleh Cik Norhazalina Binti Hashim, Puan Zalina, Encik Zulkifli Saad dan Encik Mohd Zulkarnain Nordin.
Murid diberi sarapan pagi mihun, sandwich dan air mineral
 Para peserta lawatan mendengar taklimat ringkas daripada Cikgu Mohd Zulkarnain
Murid beratur menaiki bas.

Selamat tiba di PPAS
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Murid mendengar taklimat mengenai sejarah penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Encik Ismail menerangkan sejarah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PPAS
Tekun mendengar taklimat
Melawat bahagian Selangor Info
Koleksi bahan-bahan berkaitan negeri Selangor terdapat di sini. Hanya pelawat dan penyelidik dibenarkan masuk untuk melihat koleksi negeri Selangor.
Menuju ke Laman Ilmu aras 4
Teater 3D
Menunggu giliran untuk masuk ke Teater 6D. Bayaran masuk RM10 tetapi kami diberi diskaun hanya membayar RM7.00 sahaja. Ketinggian 140cm sahaja yang boleh masuk ke Teater 6D. Hanya 6 orang sahaja untuk satu tayangan yang mengambil masa dalam 5 minit.
Zon Kreatif- Bahagian bacaan kanak-kanak
Murid-murid diberi peluang menggunakan kemudahan ICT di Zon Kreatif
Murid diberi peluang membuat rakaman pembaca berita
Di bawah pohon yang rendang
Cenderahati daripada Pusat Sumber SK Bangsar buat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Terima kasih segala layanan yang amat baik. Moga lawatan ini akan memberi ilmu sains perpustakaan kepada para peserta lawatan.
Murid menikmati makan tengah hari di Cafe PPAS
Bergambar di depan PPAS
Gambar lain boleh layari :






Sunday, April 14, 2013

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bangsar telah mengadakan aktiviti Merentas Desa pada 13 April 2013. Murid Tahap 2 telah terlibat dalam aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Sabri Bin Che Bedolah. Guru Besar SK Bangsar Pn Che Norizam Bt Abdullah telah menyampaikan ucapan dan merasmikan Merentas Desa Peringkat Sekolah.Seterusnya senamrobik yang diketuai oleh Pn Norlaili Aziz bersama guru-guru, AJK PIBG dan murid-murid. Rumah biru dilepaskan dahulu diikuti rumah hijau, merah kuning dan ungu. Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar...
Pendaftaran

Senamrobik

mula
Penamat
Markah kad peserta
Pencatat pemenang
10 orang pemenang setiap kategori dan rumah
pingat untuk para pemenang
Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum menyampaikan pingat kepada para pemenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...