Pusat Sumber memulakan tayangan 3D di Bilik Media pada 19 Jun 2013. Tayangan 3D diadakan pada waktu rehat untuk menarik warga sekolah mengunjungi Bilik Media sebagai alat pembelajaran berteknologi dan mengetahui Bahan Bantu Mengajar yang terdapat di Bilik Media.
3D- alat tiga dimensi bermaksud objek yang dapat dilihat dari tiga dimensi yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Sumber :http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=3D
Minggu Pusat Sumber SK Bangsar bermula pada 17-21 Julai 2013. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Pameran Bertema Boneka, Pertandingan Mewarna Kulit Buku, Mewarna dan menamakan watak boneka, Kuiz pameran, pengunjung bertuah dan tayangan 3D.
Pertandingan mewarna kulit buku
Warna dan namakan watak boneka yang terdapat di PSSSKB
Boneka yang terdapat di Pusat Sumber SK Bangsar
Kuiz Boneka - murid boleh mendapat jawapan dan maklumat di sudut pameran bertema boneka di PSS
AJK Media mendapat idea untuk mewujudkan tayangan 3D setelah melawat ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Tayangan 3D ini merupakan salah satu tarikan warga SK Bangsar untuk hadir ke Pusat Sumber SK Bangsar. Selain itu, warga SKB dapat mempelajari dan mengalami kemudahan teknologi dalam bidang tayangan. Murid-murid mendapat ilmu pengetahuan melalui pelbagai tayangan yang dipelbagaikan. Untuk tayangan pertama ialah dinosaur. Murid yang berminat boleh menonton tayangan pada waktu rehat. Murid akan diberi cermin mata 3D.