Plan bilik
Flipbook.
Sunday, January 12, 2014
Saturday, January 11, 2014
MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 5 DAN 6
Majlis Perjumpaan Ibu bapa Murid Tahun 5 dan 6 telah diadakan pada 11 Januari 2014 di Dewan Bestari SK Bangsar. Majlis ini adalah untuk memastikan bahawa semua ibu bapa yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi penbelajaran, sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dan tahun hadapan.
Backdrop
Matlamat :
1. Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik.
2. Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah.
3. Meningkatkan prestasi murid-murid serta mengharumkan nama sekolah.
Pendaftaran
Objektif :
1. Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga tentang maklumat-maklumat peperiksaan UPSR.
2. Memohon kerjasama ibu bapa / penjaga supaya memantau dan menyelia kegiatan anak-anak berunsur akademik di rumah.
3. Mengharapkan para ibu bapa/penjaga membimbing anak-anak yang menghadapi masalah akademik dan sahsiah di rumah.
4. Berganding bahu bersama guru-guru menyerapkan semangat ingin berjaya dalam sanubari
5. Menanamkan dan mendidik anak-anak agar mempunyai sikap rajin belajar dan jangan putus asa.
Barisan Pentadbir dan ibu bapa
Ucapan YDP PIBG
Puan Che Norizam Binti Abdullah-Guru Besar SK Bangsar menyampaikan ucapan
Ucapan oleh Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum - Encik Mohd Ali Bin Kasmun
Pn Hamidah Binti Hashim menerangkan maklumat dan format kertas Bahasa Melayu
Fail bahan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
Puan Paya menerangkan maklumat format Kertas Bahasa Inggeris
Sesi soal jawab ibu bapa
Makanan disediakan untuk para ibu bapa
FAIL PERKHIDMATAN PSS 2014
Para pengguna perkhidmatan Pusat Sumber SK Bangsar perlu mencatat rekod penggunaan PSS, peminjaman buku secara pukal dan peminjaman peralatan Bahan Bantu Mengajar.
Fail rekod pengambilan dan pengambilan alatan
sila catat maklumat peminjaman
Fail Rekod Peminjaman Guru Secara Pukal untuk bahan bacaan di dalam kelas
Thursday, January 9, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)




