Flipbook.

Wednesday, August 12, 2020

PERTANDINGAN PUZZLE PERPADUAN RANTAI KEMERDEKAAN 2020 TAHAP 2

Pusat Sumber mengadakan Pertandingan "Puzzle Perpaduan Rantai Kemerdekaan" Tahap 2 pada 12 Ogos 2020 Rabu  bertempat di Pusat Sumber SK Bangsar. Murid-murid diberi penerangan peraturan pertandingan oleh Cik Norhazalina binti Hashim selaku penyelaras pertandingan. Murid-murid teruja dan seronok menyiapkan puzzle. Murid dapat mengetahui sejarah Malaysia setelah menyiapkan puzzle masing-masing.

Puzzle :
1. Perkembangan Sejarah Kemerdekaan
2. Tokoh-tokoh Pembentukan Malaysia
3. Pemeliharaan Bangunan Unik di Malaysia
4. Penghormatan kepada Pejuang-pejuang Kemerdekaan



Pemenang : 

Tahap 2

1. Mohd Nizam bin Mohd Awal - 6 Baiduri

2. Siti Nur Atikah binti Azhar - 5 Berlian

3. Putri Aina Athirah binti M. Erwan - 5 Berlian

4. Muhammad Adam Harith bin Mohd Fais - 6 Baiduri

5. Qistina Qurratu Aini binti Mohd Nor Efendy - 6 Baiduri

6. Nur Wadihah binti Mohd Fadeli - 4 Firus


Monday, August 10, 2020

PROGRAM NILAM BAHASA INGGERIS

 Program NILAM Bahasa Inggeris boleh dilaksanakan di kelas. Pn Vijaya Guru Bahasa Inggeris telah membuat pinjaman pukal bahan bacaaan Bahasa Inggeris di Pusat Sumber SK Bangsar untuk aktiviti NILAM di kelas. 

4 Baiduri 
10 Ogos 2020


Friday, August 7, 2020

PERTANDINGAN MEWARNA LOGO HARI KEBANGSAAN 2020

Borang penyertaan Pertandingan Mewarna Logo Hari Kebangsaan 2020 boleh diperoleh di Pusat Sumber SK Bangsar.

HADIAH PEMBACA DAN KELAS TERBANYAK MEMBACA 2020


Murid perlu mencatat maklumat buku yang dibaca ke dalam Buku NILAM (Januari - November 2020).
Guru kelas akan mengutip data bahan bacaan yang murid catat dalam buku NILAM.

Murid boleh beli buku NILAM di PSS -RM2.00 senaskah.


SIRKULASI PEMINJAMAN BUKU

7 Ogos 2020
Pusat Sumber SK Bangsar dibuka seawal pukul 7.00 pagi untuk kemudahan murid-murid SK Bangsar memulang dan meminjam buku. Setiap kali murid meminjam buku, satu cap ganjaran akan diberi. Cukup 20 cap dalam kad ganjaran, murid akan menerima hadiah istimewa daripada PSSSKB. Murid sentiasa diingatkan kaedah SOP masuk ke Pusat Sumber SK Bangsar.




Kad murid akan discan dengan menggunakan Sistem Automasi S-Lib.
Setiap buku yang dipinjam akan discan bar kod buku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...