Flipbook.

Friday, October 1, 2010

Pertandingan Bola Sepak dan Futsal Peringkat Akhir Tahun 6 2010

Tarikh : 30 September 2010
Hari : Khamis
Tempat : Gelanggang Futsal dan Padang SKB

Pertandingan Futsal dan Bola Sepak Tahun 6 telah diadakan pada 27 -30 September 2010. Bagi pertandingan futsal telah diadakan bagi murid perempuan manakala bola sepak untuk murid lelaki. Sebanyak 8 pasukan futsal yang bertanding yang dibahagi kepada 2 kumpulan. Perlawanan akhir telah diadakan pada 30 September 2010. Kelas 6 Inisiatif telah dinobatkan sebagai johan manakala 6 Dinamik naib johan.

Kelas 6 ProgresifKelas 6 Dinamik lawan 6 Progresif di peringkat separuh akhirKelas 6 Dinamik- Naib JuaraKelas 6 Inisiatif - JuaraAksi bermainKelas 6 kreatifPermulaan permainanPasukan akhir - 6 Inisiatif lawan 6 DinamikAksi permainan perlawanan akhirPerlawanan bola sepak

Guru-guru yang terlibat menjadi pengadil terdiri daripada Ustaz Sabri, Cikgu Norhazlesham, Cikgu Azram, Cikgu Hanif

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri PSS 2010


Tarikh : 29 September 2010
Hari : Rabu
Tempat : PSS

Objektif Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri PSS :

1. Meraikan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri selain dapat mengeratkan silaturahim guru-guru , warga kerja SKB serta pengawas PSS dan memberi peluang untuk beramah mesra.
2. mewujudkan semangat kerjasama antara guru dan pengawas PSS bagi menyediakan sesuatu majlis.

Alhamdulillah, majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PSS 2010 telah berjaya diadakan berkat kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh AJK PSS dan Pengawas PSS. Terima kasih kepada semua warga SK Bangsar yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Air anggur disediakan oleh Guru Media- Cikgu NazirLontongMakanan yang disediakan ialah lontong, pulut kuning, rendang ayam, roti jala, buah tembikai, kek Sarawak, kuih raya,kek coklat dan kek keju serta minuman air anggur.Nasi goreng cina dan kuih raya yang dibawa oleh murid-muridPengawas PSS menikmati makanan yang disediakanPengawas PSS makan di Bilik Media yang diselia oleh Guru Media Encik NazirPara guru yang hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya PSSMeriahnya suasana rayaPara pekerja dan Cikgu Nik mengambil makanan yang disediakanDeko pelita dan ketupat palas

Tuesday, September 28, 2010

Pertandingan Bola Sepak dan Futsal

Pertandingan Bola Sepak dan Futsal
Tempat : Padang Sekolah dan Futsal
Tarikh : 27 September 2010

Selepas peperiksaan UPSR pelbagai aktiviti dirancang oleh pihak sekolah. Antaranya pertandingan Bola Sepak untuk murid-murid lelaki manakala murid-murid perempuan bermain futsal. Setiap kelas menghantar satu pasukan yang dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Poco-poco - aktiviti memanaskan badanPemain bola sepak mengawal bola.Murid-murid lelaki bermain bola sepakBergambar bersama murid-murid lelaki yang bermain bola sepak.Pengadil - Pn Suzana Nawawi
Murid-murid mengawal bola

Monday, September 20, 2010

Peperiksaan UPSR 2010

makan tengah hari- nasi goreng dan air mineral



Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR
21- 23 September 2010
Pihak warga kerja PSS mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan UPSR.
Buat yang terbaik....Murid menikmati sarapan pagi - air milo dan biskut yang disediakan oleh pihak sekolah sebelum menduduki peperiksaan UPSRMurid beratur mengambil minuman milo panasMohd Fahmi bersama raka-rakan beratur mengambil biskutPuan Siti Rokiah dan Cik Suzana menyediakan minuman milo panas

Thursday, September 16, 2010

PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA (16/09/1963)



HARI MALAYSIA

Pada 16 September 1963 seiring dengan dentuman 101 das tembakan meriam dan teriakan“MERDEKA”, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kelahiran sebuah negara baru kepada seluruh dunia iaitu Malaysia. Stadium Merdeka yang dibanjiri oleh 30,000 rakyat Malaysia telah bergema kembali dengan laungan semangat rakyat seperti 6 tahun yang Ialu dalam tahun 1957 ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya.

Upacara membaca Deklarasi Penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor-gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negara yang baharu di dalam Persekutuan Malaysia laitu Lee Kuan Yew, Donald Stephens dan Stephen Kalong Ningkan. Upacara ini telah dihadiri juga oleh Kabinet, anggota-anggota diplomat asing di Kuala Lumpur serta wakil-wakil dari Kerajaan-Kerajaan yang telah dijemput khas.

Pada 19 Oktober 2009 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 16 Sept sebagai cuti umum mulai tahun ini bagi menyambut Hari Malaysia.Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.

Pengisytiharan tarikh 16 September setiap tahun sebagai hari cuti umum untuk seluruh negeri akan menunjukkan betapa kerajaan Malaysia benar-benar serius dalam menghargai Hari Malaysia. Pengisytiharan cuti umum ini akan membuka ruang untuk sambutan gilang-gemilang sempena Hari Malaysia dilaksanakan.

Tentu sahaja rakyat di Sarawak dan Sabah akan lebih merasakan kebersamaan mereka sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia secara keseluruhan. Maka Hari Malaysia akan dirai bersama sebagai bukti kesedaran dan penghayatan seluruh rakyat daripada seluruh negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Tanggal 16 September diraikan sebagai memperingati hari bersejarah bagi rakyat Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana pelbagai kaum dan etnik bersatu untuk mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.

Pada hari tersebut seharusnya rakyat di seluruh negara dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum dalam suasana muhibah. Gagasan 1Malaysia akan bertambah mudah jika semua kaum dapat bersatu menjadi sebuah masyarakat yang kukuh jati dirinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...