Flipbook.

Friday, December 24, 2010

Selamat Hari Krismas

Pihak PSS SK Bangsar ingin mengucapkan Selamat Hari Natal bagi warga SKB yang meraikannya.
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.
Sumber daripada : http://ms.wikipedia.org/wiki/Krismas

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aidil Adha


Tarikh : 17 November 2010

Ibadat korban bermaksud menyembelih binatang tertentu seperti unta, kerbau, lembu atau kambing pada hari ke-10, ke-11, ke-12 atau ke-13 Zulhijjah. Islam mensyariatkan ibadat korban berkenaan sebagai antara ibadat mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Di samping itu, ia mengingatkan kita terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai satu ujian daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat.

“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.

(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Huraian:

  • Korban adalah salah satu ibadat yang paling disukai Allah S.W.T. yang dilakukan oleh hambanya semata-mata kerana Allah, dan mengharapkan keredhaanNya.
  • Binatang-binatang korban akan datang pada hari kiamat nanti kepada orang yang melakukannya dengan keadaan seperti asalnya.
  • Darah korban itu terlebih dahulu jatuh ketempat yang disediakan oleh Allah S.W.T. sebelum ianya jatuh ke tanah. Darah yang menitis jatuh menjadi keampunan bagi dosa yang telah lalu.
  • Islam menggalakkan umatnya agar berkorban dengan binatang yang disayangi dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T

Tuesday, November 16, 2010

Hari Anugerah Cemerlang

Tarikh : 15 November 2010
Tokoh Bahasa - Nurul Shafikah Idris
Terima kasih kepada guru-guru Tahun Enam 2010
Tokoh Metrit - Nadiatul Salwa

Friday, November 12, 2010

Hari Kanak-kanak 2010

Tarikh: 12 November 2010
Hari : Jumaat Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari
Backdrop Hari Kanak-kanak 2010
Hadiah Kelas Paling Banyak Membaca 2010 Sesi Pagi
Kelas 5 Dinamik, 5 Fokus dan 5 Kreatif
Hadiah sampingan
Juruacara majlis Pn Normahidah dan Encik Mansur
Ucapan daripada wakil murid Adik Muhammad Fahmi Kamaruzaman
Persembahan Nasyid
Persembahan Tarian Prasekolah - Kain Pelekat dan SanggamPersembahan Prasekolah
Penyampaian Sijil Pengawas PSS
Penyampaian Sijil Pengawas Sekolah

Jamuan Akhir Tahun dan Hari Lahir Pengawas PSS

Tarikh : 3 November 2010
Hari : Rabu
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar

Jamuan ini diadakan untuk meraikan hari lahir pengawas PSS dan menghargai jasa-jasa pengawas PSS yang banyak membantu Guru PSS melaksanakan pelbagai program PSS bagi tahun 2010. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama Pengawas PSS tahun 5 dan 6 serta guru-guru PSS.Pihak PSS merakamkan jutaan terima kasih kepada warga SK Bangsar dengan memberi kerjasama dan komitmen dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PSS. Semoga segala aktiviti PSS dapat memberi manfaat kepada anda semua. Pihak PSS juga memohon ampun dan maaf kiranya ada salah dan silap dalam menguruskan PSS sepanjang tahun 2010.

Guru Media Encik Nazir membantu membancuh air anggur
Cenderahati buat Pengawas PSS Tahun 5 dan 6
Kek keju strawberi dan kek cokla
Menikmati jamuan nasi ayam
Pengawas PSS yang lahir dari Bulan Julai - Dis

Agihan pizza
Pengawas PSS yang lahir bulan Jan- Jun
Makanan tambahan Pizza Hut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...