Flipbook.

Thursday, November 3, 2011

SEMAKAN STOK 2011

Pihak Pusat Sumber mengadakan semakan stok bermula 1 - 18 Nov 2011. Semakan buku fiksyen Bahasa MelayuSemakan stok buku Fiksyen Bahasa Inggeris

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2011

Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan pada 3 November 2011 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amir. Intan Sara selaku wakil murid menyampaikan ucapan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah selaku Guru Besar SK Bangsar. Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid-murid SK Bangsar yang berbakat besar. Sebagai penghargaan kepada murid-murid yang berjasa, pihak sekolah memberi sijil penghargaan dan cenderahati buat pengawas sekolah, pengawas PSS, ketua kelas dan tokoh murid. Majlis diakhiri dengan jamuan kelas.

Penyampaian sijil dan hadiah

Dikir barat

Tarian Arab

Ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Bangsar Puan Che Norizam Bt Abdullah

Wednesday, November 2, 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN 2011

Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun pada 2 November 2011 untuk Pengawas PSS bagi menghargai jasa mereka menguruskan PSS dengan baik.

Saturday, October 29, 2011

HARI KOKURIKULUM DAN HARI KANTIN

29 Oktober 2011 - SK Bangsar telah mengadakan Hari Kokurikulum dan Hari Kantin.

Antara aktiviti yang dijalankan:
1. Pertandingan Futsal Inter-School
2. Mini Fun Fair (Main dalam Kelas)
3. Pemeriksaan Kesihatan
4. Pameran Kesihatan Gigi
5. Gerai Jualan Makanan, Pakaian (T-Shirt) dan Cenderamata (Mainan)
6. Rumah Hantu (atau Kelas Berhantu).
7. Persembahan Karaoke
8. Mencanting Batik atau Mewarna Batik

Objektif : Merapatkan ukhuwah dan silaturrahim di kalangan warga SK Bangsar di samping mengumpul dana untuk kebajikan warga SK Bangsar dan perkembangan murid-murid SK Bangsar dan supaya warga SK Bangsar seronok datang ke sekolah.

Gerai Air- Permainan Bola Baling Backdrop

Saturday, October 15, 2011

KONVO PRASEKOLAH SK BANGSAR 2011

15 Oktober 2011, bertempat di SK Bukit Bandaraya selaku tuan rumah telah mengadakan Hari Konvo Prasekolah 2011 bersama dengan SK Bukit Pantai dan SK Bangsar.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...