Flipbook.

Thursday, January 31, 2013

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

1 Februari 1974, Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Labuan pula dimasukkan ke dalam Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984. Manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 1 Februari 2001.
Ketiga-tiga wilayah ini diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab menyelaras dan merancang pembangunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kuala Lumpur merupakan ibu negara,Labuan pula merupakan Pusat Peniagaan dan Kewangan Antarabangsa manakala Putrajaya telah dijadikan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
 
1 Februari 2013
Maju dan Sejahtera

Inilah wilayah bumi yang bertuah
Maju membangun dijulang megah
Aman sentosa di sepanjang masa
Teguh disemai sentiasa

Membara semangat setiap warganya
Cergas mindanya semangat waja
Pada wilayah ditumpah setia
Hormat hormati penuh mesra

Bersatulah Berbaktilah
Semua warga wilayah

Sayangilah Lindungilah
Sepenuh jiwa raga

Kita jaga keharmonian semua
Maju sejahtera
Wilayah Persekutuan

SURAT LAWATAN KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

SK BANGSAR
JALAN PANTAI BAHARU
59200 KUALA LUMPUR
TEL : 03-22824990
FAKS : 03-22825550       (U.P: Cik Norhazalina Hashim) 

Pengarah.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor,
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda,
Jalan Kelab Golf 13/6,
Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor  Darul Ehsan.                                                                  22 FEBRUARI  2013
Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Perpadanan Perpustakaan Awam Selangor pada :
Tarikh            : 18 April 2013
Hari                : Khamis
Masa              : 9.00 Pagi
Bilangan Peserta : 40 orang murid(Pengawas PSS)dan 4 orang guru pengiring
3.         Diharapkan pihak tuan menyertakan jadual atur cara lawatan. Pihak kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan dan pihak tuan dapat memberi maklum balas bagi memudahkan kami untuk membuat tindakan selanjutnya. Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………..

SURAT KELULUSAN LAWATAN KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

LAWATAN KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR


Wednesday, January 30, 2013

IKRAR PENGAWAS PUSAT SUMBER SK BANGSAR

KAMI
PENGAWAS PUSAT SUMBER SK BANGSAR
BERIKRAR
AKAN SENTIASA MENJALANKAN TUGAS
TANPA MENGIRA MASA
DAN
KEPADA SESIAPA SAHAJA
SERTA MENJAGA DISIPLIN DIRI
DAN PERATURAN PUSAT SUMBER

KAMI AKAN BERUSAHA
MENJAGA DIRI
DAN MENJADIKAN PUSAT SUMBER
GEDUNG ILMU YANG TERBAIK
KAMI JUGA BERJANJI
AKAN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB
YANG DIAMANAHKAN
DENGAN ADIL, JUJUR DAN DEDIKASI

MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN PRS KALI PERTAMA 2013

SK BANGSAR
JALAN PANTAI BARU
59200. KUALA LUMPUR



Kepada :


Semua Ketua AJK

MESYUARAT  JAWATANKUASA MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH,
 PENGAWAS PSS DAN PRS KALI PERTAMA 2013

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas  PSS kali pertama 2013 akan diadakan pada :

Tarikh :31 Januari 2013 (Khamis)
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

3.         Agenda :

1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Tentatif
3.0 Senarai tugas
4.0 Hal-hal lain
5.0 Ucapan Penangguhan

4.         Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,


…………………………………….....                          
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...