Flipbook.

Thursday, August 29, 2013

DECO MERDEKA RAYA

Pusat Sumber SK Bangsar menyediakan Deco Merdeka Raya di sudut pameran.
Pintu masuk ke Pusat Sumber SK Bangsar
deco dalam proses


Ustaz Mansor dibantu oleh Syawal dan Shakir menyiapkan atap. Daun kelapa kering yang diambil di belakang Pra Sekolah.

Cikgu Zulkarnain memasang atap di sudut deco.


Cikgu Zulkarnain menyusun deco 
deco raya
Buluh lemang yang dibawa khas dari Perak dan Kedah.

Wednesday, August 28, 2013

MAJLIS PELANCARAN SEMARAK MERDEKA 2013

Majlis Pelancaran Semarak Merdeka 2013 telah diadakan pada 28 Ogos 2013 di Dewan Bestari SK Bangsar.
Bacaan doa oleh Ustaz Amir Amzah
Ucapan Penyelaras Program Cik Nurul Hayati Binti Bakar

Ucapan Perasmian oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah, Guru Besar SK Bangsar

Nyanyian lagu-lagu patriotik

Saturday, August 24, 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA DAN JAMUAN RAYA

24 Ogos 2013- Sabtu
Ucapan Penyelaras Program
 Ucapan Perasmian Gotong Royong Perdana

Saturday, August 17, 2013

KERTAS CADANGAN PAMERAN BERTEMA TOKOH-TOKOH NEGARA

1.0         PENDAHULUAN
1.1         Pengenalan
Program ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.Murid akan mengetahui tokoh-tokoh negara yang telah mengharumkan nama Malaysia.
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti  soalan kuiz, sudut pameran galeri sejarah , pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaaan 2013 dan “Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpah Darahku”  . Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu sejarah.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama daripada warga SK Bangsar.
1.2         Rasional
Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.
1.3         Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
1.3.1   memupuk minat membaca di kalangan pelajar.
1.3.2   memupuk semangat patriotisme.
1.3.3     memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari
pengalaman pameran yang dijalankan.
            1.4       Objektif
                        Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
1.4.1   Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan  berusaha untuk  mengekalkan kemerdekaan ini.
1.4.2   Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia.
1.4.3   Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
1.4.4   Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan   Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
1.5       Kumpulan Sasaran
            Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
1.5.1     Semua warga SK Bangsar
2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN
Penasihat                              : Pn Che Norizam Bt Abdullah- Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran – Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Pn Nor Asiah Binti Bidin
Naib Setiausaha                  : Pn Cik Norhamizah Binti Omar
Bendahari                             :  Pn Zalina Binti Mohamad
AJK     Hadiah                       : Pn Wan Izyan Binti Wan Mahadi
                                                  Pn Faraezah Bt Mohd Kamal
                                                  Pengawas Pusat Sumber
Pameran dan Tayangan : :  Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                   Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Jurukamera                           : Encik Zulkifli Bin Saad
3.0       AKTIVITI PAMERAN
            3.1       Sudut pameran  gambar tokoh-tokoh negara dan maklumat logo
dan tema Hari Kebangsaan
            3.2       Soalan kuiz terkumpul
            3.3       Pengunjung bertuah
            3.4       Pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaan
            3.5       Pertandingan mewarna “Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpah
Darahku” 
            3.6       Galeri Sejarah
4.0       TEMPAT PAMERAN
            4.1       Pusat Sumber Sekolah
5.0       PERALATAN
Papan kenyataan, kertas warna, kad manila, liminate, paku tekan, majalah  surat khabar dan bahan-bahan maujud sejarah.
6.0       TARIKH PAMERAN
Jangkamasa pameran  adalah :
Tarikh             :           19 Ogos -19 September 2013
7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Anggaran Pembelian Hadiah
i.              Kuiz Tahap 1                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
ii.            Kuiz Tahap 2                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
iii.           Pertandingan mewarna      Logo Hari Kebangsaan Tahap 1
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
iv.           Pertandingan mewarna      Logo Hari Kebangsaan Tahap 2

Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
v.            Pertandingan Mewarna “Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpah Darahku” Tahap 1
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
vi.           Pertandingan Mewarna “Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpah Darahku” Tahap 2
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
vii.          Pengunjung bertuah          10 orang x RM 5.00 =         RM 50.00
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN                                RM 266.00
7.2 Bajet
Bil
Bahan
Jumlah
1
Hadiah
RM 266.00
2
Dokumentasi
RM 30.00
3
Gambar
RM 40.00

Jumlah
RM 336.00
8.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran  ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan.
9.0 PENUTUP
            Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan  Malaysia. 

RESENSI BUKU


-          Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Yang berusaha Pn Che Norizam- Guru Besar SK Bangsar. Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dimuliakan.
-          Saya Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar ingin memperkenalkan sebuah buku yang bertajuk  Hidangan Mudah, Cepat dan Enak – Bersahur
-          Nombor panggilan 641.56 ARM
-          Pengarang buku ini ialah Chef Shamsul Anuar ataupun dikenali sebagai Chef Arm. Chef Arm adalah bekas Executif Chef. Beliau aktif menganjurkan bengkel, kelas masakan dan program demonstrasi masakan.
-           Buku ini mengandungi resepi  yang ringkas untuk memasak makanan sahur. Pembaca diberi penerangan langkah demi langkah untuk memasak disertakan ilustrasi yang bewarna dan menarik.
-          Buku ini mengandungi  23 resepi yang mudah dan ringkas untuk dimasak pada waktu bersahur. Maklumat bahan-bahan masakan ditulis dengan begitu menarik mengikut sukatan.
-           Antara resepi masakan yang terdapat dalam buku ini ialah acar rampai, mihun bandung, nasi goreng kampung ala mamak, sup makaroni, spageti marinara dan telur kukus sri rampai.
-          Buku ini terdapat di sudut pameran buku PSS sempena bulan Ramadan.
-          Wahai rakan-rakan datanglah ke Pusat Sumber SK Bangsar. Banyak ilmu akan kita peroleh dengan mengamalkan gaya hidup membaca. In Sha Allah kami akan memberi perkhidmatan terbaik untuk warga SK Bangsar. Sekian Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...