Flipbook.

Saturday, May 28, 2016

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2016

Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan selamat bercuti kepada warga SK Bangsar.

Thursday, May 26, 2016

JAMUAN HARI LAHIR PENGAWAS PSS BULAN JANUARI - APRIL 2016

26 Mei 2016
Jamuan Hari Lahir Pengawas PSS bagi bulan Januari - April 2016 telah diadakan di Bilik Media pada waktu rehat. Tujuan majlis ini diadakan untuk menghargai dan meraikan Pengawas PSS yang menyambut Hari Lahir. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.





Wednesday, May 25, 2016

HARI GURU 2016

PENGENALAN
Hari guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warganegara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara malaysia yang berjaya

MATLAMAT
Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2016 adalah untuk meraikan dan membalas jasa guru-guru SK Bangsar di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga SK Bangsar.
OBJEKTIF
1.         Meraikan guru-guru SK Bangsar sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun.
2.         Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti di SK Bangsar.
3.         Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah antara guru-guru.

4.         Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara guru, pekerja dan murid-murid SK Bangsar.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...