SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR

Sunday, November 8, 2009

Kertas Cadangan Pameran Bertema Rempah-ratus

PAMERAN BERTEMA REMPAH-RATUS

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Pameran bertema ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar dan Kelab Pusat Sumber Sekolah .
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca dikalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti soalan kuiz, pertandingan mewarna tahap 1, melukis poster tahap 2 dan pengunjung bertuah . Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai kepentingan rempah-ratus dalam kesihatan.
1.2 Rasional
Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.
1.3 Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
1.3.1 memupuk minat membaca di kalangan pelajar
1.3.2 memupuk minat pelajar mengamalkan cara pemakanan yang sihat.
1.3.3 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari
pengalaman pameran yang dijalankan,
1.4 Objektif
Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
1.4.1 memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang asal-usul tanaman rempah-ratus yang terdapat di Malaysia.
1.4.2 mengenali jenis-jenis dan khasiat rempah- ratus dari segi kesihatan.
1.4.3 belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
1.5 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
Semua warga SK Bangsar

2.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN
Penasihat : Tn Haji Nordin Bin Yaman - Guru Besar
Pengerusi : Encik Mohd Kamal Bin Ishak - GPK Kurikulum
Naib Pengerusi : Encik Putra Bin Ahmad - GPK kokurikulum
Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha : Encik Shamsul Bin Robidi
Naib Setiausaha : Cik Amie Binti Ismail
Bendahari : Cik Norfazliah Binti Mohamad
Jurukamera : Encik Mohd Nazir Bin Majid
AJK : Encik Zulkifli Bin Saad
Pn Zalina Binti Mohamad
Pn. Wan Izyan
Cik Zaleha Binti Yusop
Pengawas Pusat Sumber

3.0 AKTIVITI PAMERAN
3.1 Bahan rempah-ratus.
3.2 Gambar rempah ratus yang terdapat di Malaysia.
3.3 Maklumat mengenai rempah ratus dari segi asal-usul dan kepentingan rempah-ratus
dari segi perubatan.
3.4 Soalan kuiz terkumpul
3.5 Pengunjung bertuah
3.6 Pertandingan Melukis Poster Murid Tahap Dua
3.7 Pertandingan Mewarna Murid Tahap Satu

4.0 TEMPAT PAMERAN
4.1 Pusat Sumber Sekolah

5.0 PERALATAN
Papan pameran, kertas A4, plastik liminate, paku tekan, polisterin warna, buku-buku berkaitan dengan rempah-ratus dan artikel rempah-ratus daripada internet.

6.0 TARIKH PAMERAN
Jangkamasa pameran adalah :
Tarikh : 10 Februari – 31 Mac 2009

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Anggaran Pembelian Hadiah
i. Kuiz Tahap 1 10 orang X RM 5.00 = RM 50.00
ii. Kuiz Tahap 2 10 orang X RM 5.00 = RM 50.00
iii. Pengunjung bertuah 6 orang x RM 5.00 = RM 30.00
Tahap 1 – 3 orang murid
Tahap 2 – 3 orang murid
iv. Pertandingan Mewarna 6 orang X RM 5.00 = RM 30.00
Tahap 1
v. Pertandingan Melukis 6 orang X RM 5.00 = RM 30.00
Poster Tahap 2
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN RM 190.00
7.2 Bajet
1. Hadiah - RM 190.00
2. Kertas A4 1 Rim - RM10.00
3 Liminate A4 1 Rim - RM 50.00
4 Polisterin nipis warna (3 keping) - RM 37.50
5.Bahan rempah-ratus - RM 15.10
6.Dokumentasi - RM 10.00
7.Gambar- RM 20.00
8.Toner printer (Epson warna) -RM 61.00
Jumlah RM 393.60

8.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.0PENUTUP
Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping memupuk budaya pemakanan yang sihat. Dengan itu , masyarakat yang sihat dan bermaklumat serta terkini dapat diwujudkan.


Disediakan oleh :

…………………………………..
( CIK NORHAZALINA HASHIM)
PENYELARAS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...