Menu Bar

Friday, February 20, 2015

LAPORAN GOTONG-ROYONG PERDANA PSS SK BANGSAR


1.0 Program  : Gotong-Royong Perdana PSS SK Bangsar
2.0 Matlamat  :
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,ceria,  cantik,  dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar  iaitu selaras visi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.
3.0  Objektif :
1. Mewujudkan persekitaran PSS yang lebih ceria dan kondusif.
2. Meningkatkan  kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang bermaklumat.
3. Memupukkan sikap bertanggungjawab terhadap PSS.
4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
5. Menjadikan kawasan PSS selesa dan mendorongkan pembelajaran di kalangan pelajar.
4.0 Kumpulan Sasaran : 20 orang Pengawas PSS  dan 5 orang guru –AJK PSS 
5.0 Urusetia : Cik Norhazalina BInti Hashim 
6.0 Jangka Masa : 7.45 pagi – 12.00 tengah hari
7.0 Tarikh : 17 Januari 2015
8.0 Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar
9.0 Tentatif :
Masa                                      Aktiviti
7.45 pagi                                Pendaftaran
8.00 pagi                                Taklimat ringkas
8.15 pagi                                Pembahagian kumpulan:
                                                i. Proses Teknik Bahan Buku
                                                ii. Penyusunan buku di rak- Fiksyen Bahasa Melayu,
Fiksyen Bahasa Inggeris, rujukan dan bukan fiksyen.
iii. membina meja karel
iv. Menampal banner poster
v. Pemilihan buku untuk pinjaman pukal.
10.0 Kekuatan :
1. Pengawas PSS dan guru AJK PSS melaksanakan tugasan yang diberi seperti memproses buku baru, menyusun buku di rak, membina meja karel, menampal banner poster dan membuat pemilihan pinjaman pukal.
2. Program ini telah mewujudkan suasana PSS yang selesa dan kondusif untuk dikunjungi oleh warga SK Bangsar.
3. Memudahkan warga SK Bangsar untuk mencari maklumat di PSS.
11.00 Kelemahan dan Penambahbaikan :
1. Masa yang tidak mencukupi untuk aktiviti ini.
2. Program ini perlu dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
12. 00 Ulasan Guru Besar :
Disediakan oleh :

.........................................
GPM SK BANGSAR

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...