Flipbook.

Friday, August 13, 2010

Perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa

1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.

2. Muntah dengan sengaja

3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja

4. Keluar darah haid atau nifas

5. Gila (hilang akal)

6. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.

7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)

8. Murtad (keluar dari Islam)

9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...