
Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.
Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.
Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.
Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.




Rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wilayah_Persekutuan
No comments:
Post a Comment