Flipbook.

Saturday, January 7, 2012

PERATURAN PUSAT SUMBER SK BANGSAR


PERATURAN PENGGUNAAN PSS (PELAJAR)


1. Semua pelajar yang masuk ke pusat sumber mestilah berpakaian seragam sekolah dengan kemas.

2. Pelajar mesti mendaftar masuk ke PSS di Sirkulasi .

3. Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis, buku teks dan buku latihan sahaja. Buku rujukan tidak dibenarkan dibawa masuk.

4. Pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan seperti bilik automasi, bilik kerja dan kaunter sirkulasi.

5. Semua beg pelajar hendaklah diletakkan di rak penyimpanan beg di luar pusat sumber.

6. Pelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam pusat sumber serta tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu pelajar lain.

7. Buku yang telah dibaca mesti diletakkan di rak asalnya.

8. Pelajar dilarang menconteng, mengoyak buku dan merosakkan perabot yang terdapat di dalam pusat sumber.

9. Pelajar dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam pusat sumber.

10. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku di kaunter.

11. Pelajar tidak dibenarkan tidur di dalam pusat sumber.

12. Pintu pusat sumber mestilah sentiasa tertutup kerana alat pendingin hawa sentiasa berfungsi.

13. Kerusi dan peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan di tempat asal dengan kemas.

14. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pusat sumber semasa waktu pembelajaran tanpa pengawasan guru.

15. Pelajar hendaklah memastikan segala kemudahan yang disediakan tidak disalahgunakan

PERATURAN PENGGUNAAN PSS (GURU)

1. Guru-guru yang masuk ke pusat sumber mesti merekodkan data kemasukan ke dalam fail yang disediakan.

2.Guru-guru yang membawa masuk pelajar, diminta mengawasi pelajar supaya tidak membuat bising, mencuri dan menyelerakkan buku serta bahan-bahan pusat sumber.

3.Guru-guru yang ingin meminjam buku atau bahan P&P mesti merekod peminjaman di dalam fail peminjaman buku atau bahan (kategori guru) yang disediakan di kaunter sirkulasi.

4.Tempoh peminjaman buku atau bahan sama seperti tempoh peminjaman oleh pelajar iaitu selama 1 minggu sahaja.

5.Sila pastikan pelajar tidak mengubah kedudukan bahan-bahan pameran yang dipamerkan.

6.Sila pastikan kelengkapan dan kemudahan yang digunakan oleh pelajar disusun dan dikemas semula seperti asal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...