Flipbook.

Monday, July 23, 2012

LAPORAN RUMAH UNGU 2012

 LAPORAN PENUH

RUMAH UNGU -UNDAN
1.0 PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
            Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar. 
2.0 TEMA
Rumah Sukan Ungu – Undan “Ungu Tetap Unggul” 
3.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Setiap hari Selasa – 2.30 -4.30 petang
4.0 TEMPAT
Padang Sekolah
5.0 OBJEKTIF
i)             Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid dalam sukan olahraga.
ii)            Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
iii)           Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid dalam sukan olahraga.
iv)           Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
6.0  AJK PELAKSANA
Lihat lampiran
7.0 AKTIVITI PELAKSANAAN
i.Pemilihan AJK Rumah Ungu
ii.Latihan Rumah Ungu setiap hari Selasa pada pukul 2.30 – 4.30 petang
iii Pemilihan sukantara, olahraga dan perbarisan
8.0  KUMPULAN SASARAN
Murid-murid SK Bangsar
9.0    IMPAK
1. Murid-murid dan guru-guru memberi kerjasama menjayakan sepanjang latihan dan Hari Sukan.
2. Terdapat murid Tahap 1 yang tidak hadir Hari Sukan yang menyebabkan acara 4 x100 meter dibatalkan bagi rumah ungu.
10.0   LAPORAN
Rumah Ungu (Undan) telah membuat pemilihan AJK Rumah Ungu yang diadakan di kantin sekolah pada 10 April 2012. Latihan rumah sukan telah ditetapkan pada setiap hari Selasa pada pukul 2.30 – 4.30 petang yang diadakan di padang sekolah.Latihan pertama pada 17 April 2012 yang diadakan di padang sekolah. Pemilihan dibuat bagi kategori sukantara, acara olahraga seperti lompat jauh, lontar peluru, 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter.
Acara sukantara telah diadakan pada 19 Jun 2012 bagi acara lompat jauh, lontar peluru dan 100 meter. Hari Sukan berlangsung pada 2 Julai 2012, perbarisan Rumah Ungu dengan slogan “Ungu Tetap Unggul” dan bertemakan “Pahlawan Melayu”. Acara 100 meter dan 4x100 meter untuk semua kategori dari Tahun 1- 6. Terdapat acara 4x100 meter bagi tahap 1 yang telah dibatalkan kerana tidak ada peserta.
Rumah Ungu telah mendapat tempat keempat. Rumah Ungu juga telah mendapat anugerah olahragawan dan olahragawan harapan bagi tahun 2012.
10.0PENUTUP
Kejohanan Olahraga ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Bangsar merasai sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.
11.0LAMPIRAN
i.Senarai nama murid Sukantara
ii.Senarai nama atlet olahraga sesi pagi dan petang.
iii.Senarai nama murid Rumah Sukan Ungu

Disediakan oleh :                
                       

..........................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)
KETUA RUMAH UNGU - UNDAN

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Moga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat dalam dunia pendidikan

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...