Thursday, September 27, 2012

PERATURAN PERMAINAN TRADISIONAL - TUJU TIN



1.Terdapat 2 kumpulan. 1 kumpulan melontar, 1 kumpulan penyerang.
2. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang. 8 Orang pemain dibenarkan bagi setiap permainan.
3. 2 kumpulan akan diundi. Sama ada menjadi penyerang atau pelontar.
4. Separuh masa pertama  selama 10 minit. Separuh masa kedua juga selama 10 minit. 5 minit untuk rehat.
5. Setiap ahli kumpulan dibenarkan membuat 3 kali percubaan. Sekiranya lontaran yang dibuat dapat ditangkap oleh penyerang sebelum bola jatuh ke tanah secara automatik  semua pelontar akan mati.
6. Apabila tin telah  jatuh. Pihak pelontar akan sedaya- upaya menyusun  semula tin tersebut.
7. Apabila pihak penyerang membaling bola ke arah pelontar lalu terkena bola, secara automatik pelontar akan mati.
8. Pelontar yang berjaya menyusun kesemua tin. Akan mendapat 1 mata.
9. Pelontar yang mati tidak dibenarkan bermain lagi. Sehingga semua ahli pelontar mati baru penyerang akan menjadi pelontar.
10. Separuh masa kedua penyerang semasa separuh masa kedua akan menjadi pelontar.
11.Sekiranya markah seri, jumlah tin yang paling sedikit berjaya dijatuhkan akan dikira sebagai pemenang. Jika seri lagi. Seorang ahli akan membuat lontaran yang paling sedikit akan menjadi pemenang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...