Flipbook.

Sunday, January 6, 2013

PROGRAM GOTONG-ROYONG PUSAT SUMBER SK BANGSAR

1.0         PENDAHULUAN
Pusat Sumber SK Bangsar merupakan sebuah tempat menyediakan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diuruskan secara sistematik.
Persekitaran  Pusat Sumber SK Bangsar yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.
2.0 RASIONAL
Suasana dan persekitaran PSS yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan  yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.

3.0 MATLAMAT
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,ceria,  cantik,  dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar  iaitu selaras Visi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.
4.0 OBJEKTIF
4.1. Mewujudkan persekitaran PSS yang lebih ceria dan harmonis.
4.2. Meningkatkan  kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang bermaklumat.
4.3. Memupukkan sikap bertanggung jawab terhadap PSS.
4.4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
4.5. Menjadikan kawasan PSS selesa dan mendorongkan pembelajaran di kalangan pelajar.
 5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
AJK PSS dan Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar 
6.0  JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat                  : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                 : En.Mohd Ali Bin Kasmun- GPK Tadbir dan Kurikulum
Penyelaras                : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha               : Cik Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari                 : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Jurukamera               :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK                             : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                      Pn Zalina Binti Mohamad
                                      Pn. Wan Izyan
                                      Pengawas Pusat Sumber
7.0       AKTIVITI PAMERAN
            7.1       Pendaftaran
           7.2       Taklimat ringkas
           7.3       Pembahagian kumpulan:
            i. Proses Teknik Bahan Buku
            ii. Penyusunan buku di rak- Fiksyen Bahasa Melayu, Fiksyen Bahasa
Inggeris, rujukan dan bukan fiksyen.
iii. Susun atur kedudukan fizikal PSS.
iv. Mengecat Bilik Media
vi. Pemilihan buku untuk pinjaman pukal.
7.4. Jamuan makan
8.0       TEMPAT PAMERAN
            8.1       Pusat Sumber Sekolah
9.0       PERALATAN
            Cat, berus, liminate,  dan  plastik alas meja
10.0      TARIKH
5     Januari 2012 - Sabtu
11.00      ANGGARAN PERBELANJAAN
Makanan dan minuman – 15 orang murid x RM 5.00 = RM75.00
12.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan gotong-royong ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan. 
13.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa  dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh :
............................................................
(CIK NORHAZALINA BT HASHIM)
PENYELARAS
mengecat Bilik Media oleh Cikgu Mohd Nazir
Pemilihan buku untuk pinjaman pukal
Proses Teknik Bahan Buku dalam sistem automasi S-Lib
Makanan disediakan untuk AJK-Nasi goreng kampung, sandwich dan air teh tarik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...