Flipbook.

Thursday, March 14, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM ANGKASAPURI

Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke RTM Angkasapuri pada 14 Mac 2013. Seramai 40 orang murid  Tahun 4, 5 dan 6 serta 4 orang guru pengiring yang diketuai oleh Cik Norhazalina Hashim, Pn Zalina Muhamad, Encik Mohd Nazir Majid dan Encik Zulkifli Saad telah menyertai lawatan tersebut.Program Lawatan Sambil Belajar ke RTM Angkasapuri ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah penubuhan RTM Angkasapuri . Di samping itu, program ini juga murid-murid boleh  menimba ilmu teknologi penyiaran.
Objektif :
1.  Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan RTM Angkasapuri.
2. Menimba pengetahuan  ilmu sains teknologi dan bidang penyiaran media massa.
3.  Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
4.Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
5.  Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing. 
7.40 pagi - Murid diberi sarapan pagi nasi lemak, nugget, sandwich, muffin dan air mineral.
Bergambar berlatar belakang RTM Angkasapuri - Kumpulan 1 dan 2
Bergambar di Dataran Perhimpunan - Kumpulan 3 dan 4
8.30 pagi - Murid-murid beratur menaiki bas untuk ke RTM.
8.50 pagi - Selamat tiba di RTM
9.00 pagi - Murid-murid diberi taklimat oleh wakil RTM

Studio 1 - Penerangan fungsi  Studio 1 dan peralatan yang terdapat di sini

Studio Berita - Penerangan peralatan dalam studio berita, cara pembaca berita secara langsung. Malangnya kami tidak berpeluang untuk menjadi pembaca berita kerana pihak pembaca berita  bersiap sedia untuk membaca berita Jam 10 pagi. 
Murid-murid begitu teruja mendengar taklimat tentang peralatan dan cara rakaman siaran langsung pembaca berita di bilik berita.
Murid-murid melihat dari luar studio rancangan siaran langsung Selamat Pagi 1 Malaysia diadakan serta persediaan pembaca berita Jam 10 pagi

Set Selamat Pagi 1 Malaysia - Murid bersalaman dan beramah mesra bersama pengacara Selamat Pagi 1 Malaysia Pn Tasnem Faisal.
Bersama bersama pengacara Selamat Pagi 1 Malaysia dan Hello On Two serta pelakon terkenal Fauziah Nawi.
Penerangan set terbaru - SK Bangsar merupakan sekolah pertama yang melawat Set Selamat Pagi 1 Malaysia.
Kami diberi peluang bergambar di Set Selamat Pagi 1 Malaysia
Set Hello On Two
Melihat lebih dekat kamera yang digunakan bagi rancangan siaran langsung. 
Penerangan Bilik Persalinan
Wisma Radio
Konti Nasional FM
Konti Radio Klasik FM
Murid-murid melihat rakaman yang diadakan di luar Auditorium Perdana
Pertukaran cenderahati Pusat Sumber SK Bangsar dan RTM
Cenderahati daripada RTM untuk PSS SK Bangsar
Cenderahati daripada Pusat Sumber SK Bangsar
Muzium Elektronik
Penerangan sejarah penubuhan Muzium Penyiaran.
Murid diberi peluang mencuba peralatan di Muzium Penyiaran.
Muzium Penyiaran- Murid diberi peluang mencuba peralatan lama kamera yang telah digunakan.
Muzium Penyiaran
 Bergambar di RTM Angkasapuri
12.15 tengah hari - Selamat tiba di SK Bangsar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...