Flipbook.

Tuesday, September 3, 2013

PROGRAM PEMBINAAN PENGAJARAN BERKESAN GURU SEJARAH PERINGKAT AWAL

02092013-Sekolah Kebangsaan Bangsar dijemput untuk menyertai Program Pembinaan Pengajaran Berkesan Guru Sejarah Pada Peringkat Awal. Kelas 4 Dinamik(31 orang murid) telah dipilih untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh IPGKBMM. Guru pengiring ialah Pn Zalina Muhammad dan Cik Norhazalina Hashim. Murid-murid telah dibahagiakan kepada 6 kumpulan.Guru-guru pelatih Semester Dua Major Sejarah telah mengajar murid-murid pelbagai teknik pengajaran mata pelajaran Sejarah Tahun 4 mengikut kumpulan. Tajuk 1- Mari Belajar Sejarah, Tajuk 2 - Zaman Air Batu Tajuk 3 : Kerajaan Melayu Awal, Tajuk 4 : Tokoh-tokoh Kesultanan Melayu. Terima kasih buat pensyarah Dr Ramli atas layanan yang mesra. Moga hubungan yang baik antara SKB dengan IPGKBM akan berterusan bagi memberi impak yang baik untuk anak didik SK Bangsar.
Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu
Pendaftaran
Cenderahati buat murid-murid 4 Dinamik
Penerangan zaman air batu
Bahan maklumat zaman air batu diberikan kepada murid-murid
Murid menulis salasilah keluarga
Suasana aktiviti kumpulan di bilik kuliah aras 2
Ucapan Pensyarah IPGKBM- Dr Ramli
Murid-murid diberi makanan tengah hari
Gambar bersama Pensyarah pengiring dan guru-guru pelatih

Gambar-gambar yang lain :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...