Flipbook.

Wednesday, October 30, 2013

LAPORAN PENUH PAMERAN BERTEMA TOKOH-TOKOH NEGARA 2013

LAPORAN PENUH
PAMERAN BERTEMA TOKOH-TOKOH NEGARA 2013
1.0 TAJUK PROGRAM

1.1  Pameran Bertema Tokoh-tokoh Negara

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh             : 16 Ogos -16 September 2013


3.0 TEMPAT

3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar

4.0 OBJEKTIF

4.1       Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia.
4.2       Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
4.3       Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan   Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.


5.0      AJK PELAKSANA
Penasihat                              : Pn Che Norizam Bt Abdullah- Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran – Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Pn Nor Asiah Binti Bidin
Naib Setiausaha                  : Pn Cik Norhamizah Binti Omar
Bendahari                             :  Pn Zalina Binti Mohamad
AJK     Hadiah                       : Pn Wan Izyan Binti Wan Mahadi
                                                  Pn Faraezah Bt Mohd Kamal
                                                  Pengawas Pusat Sumber
Pameran dan Tayangan : :  Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                   Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Jurukamera                           : Encik Zulkifli Bin Saad

6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN

6.1 Sudut pameran  gambar tokoh-tokoh negara dan maklumat logo
dan tema Hari Kebangsaan
6.2 Soalan kuiz terkumpul
            6.3 Pengunjung bertuah
6.4 Pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaan
6.5 Pertandingan mewarna “Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpah
Darahku” 
6.6 Galeri Sejarah

7.0      KUMPULAN SASARAN
Warga SK Bangsar

8.0      IMPAK

8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Pameran

      Bertema Tokoh-tokoh Negara.
8.2 Murid dapat mengetahui sejarah Seniman Negara P Ramlee dan Sudirman.
8.3 Murid dapat mengetahui logo Hari Kebangsaan 2013.
8.4 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti kuiz
 dengan mencari jawapan di sudut pameran di Pusat Sumber.

9.0      LAPORAN
Pameran bertema “Tokoh-tokoh Negara” telah diadakan pada 16 Ogos – 16 September 2013. Pihak AJK Pelaksana Pameran Bertema telah menyediakan sudut pameran bertema melalui maklumat mengenai tokoh-tokoh Negara iaitu P Ramlee dan Sudirman serta logo Hari Kebangsaaan.
Warga SK Bangsar telah war-warkan mengenai pameran ini melalui laman blog PSS dan pengumuman di perhimpunan pagi serta petang. Murid-murid diberi peluang menyertai pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaan 2013. Oleh itu, murid-murid secara tidak langsung mengetahui tema dan logo Hari Kebangsaan.
Murid-murid mengaplikasilkan kemahiran literasi maklumat dengan membaca maklumat mengenai sejarah seniman P Ramlee dan Sudirman, tema dan logo Hari Kebangsaan. Murid-murid mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran melalui pertandingan kuiz yang disertai.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada  yang disempurnakan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah, Guru Besar pada 28 Oktober 2013 bagi sesi pagi. Manakala sesi petang majlis penyampaian hadiah telah disempurnakna oleh Pn Tanma a/p Rajasegaran Guru Penyelia petang pada 21 Oktober 2013. Pihak Pusat Sumber Sk Bangsar mengucapkan tahniah kepada para pemenang.
10.0PENUTUP

Pameran ini, dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan  Malaysia.

11.0     LAMPIRAN
11.1   Nama-nama pemenang pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaaan dan
            kuiz pameran.
11.2  Gambar-gambar aktiviti Pameran Bertema Tokoh-tokoh Negara.

Disediakan oleh :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...