2014- Tahun Kuda
Sudut maklumat perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah
Pakaian Tradisional Kaum Cina
Tahun Kuda
Limau dan ang pau
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红包, pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市 atau 利事, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
Tanglung
Tanglung (yang berasal dari perkataan bahasa Kantonis: 肺唐 Táng Lung) merupakan sejenis alat pelindung yang melindungi lilin dari tiupan angin ketika berjalan pada waktumalam. Ia merupakan salah satu benda penting dalam kebudayaan Cina dan telah menjadi salah satu unsur kebudayaan masyarakat Cina semenjak tahun 250 SM lagi.Tanglung banyak dijumpai di China dan Jepun.
No comments:
Post a Comment