PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
PUSAT SUMBER SK BANGSAR 2014
1.0
PENDAHULUAN
Pusat Sumber SK Bangsar
merupakan sebuah tempat menyediakan
kemudahan koleksi bahan
pengajaran dan pembelajaran yang perlu diuruskan secara sistematik.
Persekitaran Pusat Sumber SK Bangsar yang ceria dan bersih
memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi
dikalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah
penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang
ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.
2.0 RASIONAL
Suasana dan persekitaran
PSS yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan
pelajar bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.
3.0 MATLAMAT
Bagi mewujudkan
sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,ceria, cantik,
dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras Visi sekolah bagi mencapai
kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu,
iman dan amal.
4.0 OBJEKTIF
1. Mewujudkan persekitaran PSS yang
lebih ceria dan kondusif.
2. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang
bermaklumat.
3. Memupukkan sikap bertanggung jawab
terhadap PSS.
4. Mewujudkan kerjasama di antara
warga sekolah.
5. Menjadikan kawasan PSS selesa dan
mendorongkan pembelajaran di kalangan pelajar.
5.0 KUMPULAN
SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
AJK PSS dan Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar
6.0
JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan
melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA
PROGRAM
Penasihat : Pn Che Norizam Binti
Abdullah – Guru Besar
Pengerusi : En.Mohd Ali Bin Kasmun- GPK
Tadbir dan Kurikulum
Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha : Pn Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari : Encik Mohd Zulkarnain Bin
Nordin
Jurukamera : Encik Zulkifli Bin Saad
AJK : Encik Mohd Nazir Bin Majid
Pn Zalina Binti Mohamad
Pengawas Pusat Sumber
7.0 AKTIVITI PAMERAN
7.1 Pendaftaran
7.2 Taklimat ringkas
7.3 Pembahagian kumpulan:
i.
Proses Teknik Bahan Buku
ii.
Penyusunan buku di rak- Fiksyen Bahasa Melayu, Fiksyen Bahasa
Inggeris,
rujukan dan bukan fiksyen.
iii.
Susun atur kedudukan fizikal PSS.
iv.
Menampal kata-kata hikmah
v. Pemilihan
buku untuk pinjaman pukal.
7.4
Jamuan makan
8.0 TEMPAT PAMERAN
8.1 Pusat Sumber Sekolah
9.0 PERALATAN
Banner,
liminate, dan plastik alas meja
10.0 TARIKH
4
Januari 2014 – Sabtu (8.00 pagi – 11.30 pagi)
11.00 ANGGARAN
PERBELANJAAN
Bil
|
Bahan
|
Jumlah
|
1.
|
1 Makanan dan minuman
10 orang murid x RM 5.00 = RM50.00
|
RM50.00
|
2.
|
Gambar
|
RM 30.00
|
3.
|
Dokumentasi
|
RM 20.00
|
4.
|
Banner Kata-kata Hikmah
|
RM 150.00
|
|
Jumlah
|
RM 250.00
|
12.0
PERTIMBANGAN
Diharapkan
permohonan untuk mengadakan gotong-royong ini mendapat pertimbangan dan
perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.
13.0 PENUTUP
Adalah menjadi
harapan kepada AJK Jawatankuasa dapat diterima
dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat
manfaat kepada semua pihak.
No comments:
Post a Comment