Monday, February 17, 2014

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA



TARIKH : 13 MAC  2014 (KHAMIS)
MASA  : 8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG 
TEMPAT : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
ANJURAN : PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. TAJUK PROGRAM
“ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA”
2. PENGENALAN
      Program Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Negara Malaysia ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu sains perpustakaan di Perpustakaan Negara Malaysia.
    Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 3,4,5  dan disertai oleh 4 orang guru pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan sains perpustakaan.
3. MATLAMAT 
      Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 
4. OBJEKTIF
  • Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan Perpustakaan Negara.
  • Menimba pengetahuan  ilmu sains perpustakaan.
  • Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
  • Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
  • Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5.JAWATANKUASA LAWATAN
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                              : Puan Che Norizam Binti Abdullah                                                                                   Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
                                                  GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Pn Norsilah Binti Dali – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran – Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                             : Pn Nor Asiah Binti Bidin
Disiplin                                  : Encik Mohd Hafiz Bin Saad
Jurukamera                           : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi                                    : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.  TARIKH LAWATAN
13 Mac 2014  – Khamis
7. TEMPAT LAWATAN
Perpustakaan Negara Malaysia
8. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 3, 4, dan 5 : 40  orang
Guru  : 4 orang  
9.  TENTATIF PROGRAM LAWATAN
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN
1.

7.45  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan SK Bangsar
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru

Mendengar taklimat
2.
8.15 pagi
Sarapan di kantin


3.
8.45 pagi
Bertolak ke Perpustakaan Negara Malaysia


4.
9.45 pagi
Tiba di Perpustakaan Negara Malaysia


5.
10.00 pagi
Taklimat mengenai Perpustakaan Negara Malaysia

Catatan dibuat oleh peserta
6.
10.30 pagi
Melawat bahagian
-       Remaja dan dewasa
-       Rujukan

Literasi Maklumat
7.
11.00 pagi
Melawat Bahagian
-Perpustakaan Kanak-kanak
- Sesi soal jawab

Literasi Maklumat
8.
12.00 tengah hari
Jamuan


9.
12.30 tengah hari
Sesi Fotografi


10.
1.00 petang
Pulang ke SK Bangsar


11.
2.00 petang
Dijangka tiba ke SK Bangsar



10. BAJET
10.1    Kutipan bayaran murid 40 XRM15.00                             RM  600.00
10.2    Peruntukan kokurikulum dan Wang Panjar Runcit          RM  385.00
Jumlah                                                                                            RM 985.00
Bil
Perkara
Perbelanjaan
Peruntukan
Jumlah
1
 Sewa bas
1 bas X RM 300.00

Bayaran murid
RM 300.00
2
 Makanan
 dan minuman
Murid
RM5.00 X 40 orang
=RM200.00

Bayaran murid
RM 200.00
3
 Hadiah
1 kumpulan –
 10 0rang murid
Tempat 1 - RM 100.00
= RM 100.00
Tempat 2 - RM 90.00
= RM 90.00
Tempat 3 - RM 80.00
 = RM 80.00
Tempat 4 -RM 70.00
= RM 70.00

Kokurikulum
RM 340.00
5.
 Gambar
RM 30.00
Panjar wang
Runcit

RM 30.00
6.
 Dokumentasi
RM 15.00
Panjar wang
Runcit

RM 15.00
7.
Pelbagai
RM 100.00
Bayaran murid

RM 100.00


Jumlah

RM 985.00
11.0  PENUTUP 
Pihak kami berharap agar objektif lawatan sambil belajar ini dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat mewarisi amalan lawatan sambil belajar yang baik dan berfaedah serta dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan dapat menerajui generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabara-cabaran alaf baru. Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. 

CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG

2 comments:

  1. Assalamualaikum...ni sek ren bangsar lembah pantai ke?
    Saya student sana dr 1971 - 1976

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...ni sek ren bangsar lembah pantai ke?
    Saya student sana dr 1971 - 1976

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...