Wednesday, June 25, 2014

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM TUDM PSS JLN BELLAMY MUZIUM DIRAJA

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium TUDM, PSS Jalan Bellamy dan Muzium Diraja telah diadakan pada 25 Jun 2014. Seramai 39 orang murid bersama empat orang guru pengiring iaitu Cik Norhazalina, Pn Zalina , Encik Zulkifli dan Encik Mubdi.

Muzium TUDM






Perkongsian ilmu



Penyampaian cenderahati daripada PSS SK Bangsar buat PSS SK Jalan Bellamy
Makan tengah hari di kantin SK Jalan Bellamy
 rojak ayam Jalan Bellamy


Muzium Diraja
1.0 TAJUK PROGRAM

1.1  Lawatan Sambil Belajar ke Muzium TUDM, PSS SK Jalan Bellamy dan

Muzium Diraja


2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh             : 25 Jun 2014 (Khamis)     


3.0 TEMPAT

3.1  Muzium TUDM, PSS SK Jalan Bellamy dan Muzium Diraja

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan Muzium TUDM dan Diraja.
4.2 Menimba pengetahuan  ilmu teknologi penerbangan
4.3 Berkongsi idea dan maklumat Pusat Sumber
4.4 Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
4.5 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
4.6 Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.

5.0      AJK PELAKSANA
Penasihat                              : Puan Che Norizam Binti Abdullah                                                                                     Guru Besar
Pengerusi                             : Pn Siti Maziah Binti Malik
                                                  GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Pn Norsila Binti Dali– GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran – Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                             : Pn Zalina Binti Muhamad
Disiplin                                  : Encik Mubdi
Jurukamera                           : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi                                    : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN

BIL
MASA
PERKARA
CATATAN

1.

7.40  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan SK Bangsar
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
Mendengar taklimat
2.
8.00  pagi
Bertolak ke Muzium TUDM

3.
9.00 pagi
Tiba di Muzium TUDM

4.

Taklimat mengenai Muzium TUDM
Catatan  oleh peserta
5.
9.15  pagi
Melawat ruang pameran di luar hangar, ruang pameran di dalam Hangar, Galeri 1 dan Galeri 2
Literasi Maklumat
6.
10.30 pagi
Sesi Fotografi
Literasi Maklumat
7.
11.00 pagi
Tiba di  SK Jalan Bellamy

Literasi Maklumat
8.
11.10 pagi
Melawat melawat PSS SK Jalan Bellamy
Cenderahati
Literasi Maklumat
9.
12.00 tengah hari
Makan tengah hari

10.
1.00 petang
Tiba di Muzium Diraja
Melawat sejarah Diraja
Literasi Maklumat
11.
2.30 petang
Pulang ke SK Bangsar

12.
3.00 petang
Dijangka tiba ke SK Bangsar




7.0      IMPAK

7.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Lawatan

Sambil Belajar ke Muzium TUDM, PSS Jalan Bellamy dan Muzium Diraja.
7.2 Murid dapat menimba ilmu Sains Perpustakaan dan Literasi Maklumat.
7.3 Murid dapat mengetahui sejarah penubuhan Muzium TUDM dan Istana
Negara.
7.4 Murid dapat menjawab soalan kuiz dan menyediakan laporan lawatan.
8.0       LAPORAN
            Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Muzium TUDM, PSS SK Jalan Bellamy dan Muzium Diraja pada 25 Jun 2014 bersamaa hari Khamis. Seramai 39 orang murid dan 4 orang guru pengiring yang terdiri daripada Cik Norhazalina binti Hashim, Pn Zalina Binti Muhamad, Encik Zulkifli Bin Saad dan Encik Mubdi.
            Taklimat ringkas telah diberi oleh Cik Norhazalina Hashim selaku ketua rombongan di Dewan Bestari. Tepat pukul 8.00 pagi peserta lawatan bergerak ke Muzium TUDM . Setibanya di Muzium TUDM kami melihat pelbagai jenis kapal terbang yang tidak digunakan lagi dipamer di kawasan lapangan . Kami berpeluang melihat lebih dekat pelbagai jenis kapal terbang. Kemudian kami bergerak ke kawasan hangar, Galeri 1 dan Galeri 2. Pelbagai maklumat sejarah penerbangan terdapat di sini. Peserta lawatan berpeluang membeli cenderahati TUDM.
            Destinasi seterusnya ke Pusat Sumber SK Jalan Bellamy. Kami telah disambut mesra oleh Puan Isma Laila. Puan  Isma Laila menerangkan kemudahan yang terdapat di PSS SK Jalan Bellamy. Puan Isma Laila memberi cenderahati kepada semua murid. Pihak PSS SK Bangsar memberi cenderahati sebagai penghargaan kerana sudi menerima kehadiran kami untuk berkongsi ilmu PSS. Kemudian kami ke kantin  menikmati makan tengah hari.
            Tepat pukul 1.00 petang kami bergerak ke Muzium Diraja. Pelbagai koleksi dan ruangan yang terdapat di Istana Negara. Sebagai kenangan kami bergambar di luar Muzium Diraja.Tepat pada pukul 2.30 petang kami bertoak pulang dan tiba di SK Bangsar pukul 3.00 petang.
            Majlis penyampaian hadiah buat pemenang kuiz dan laporan terbaik telah diadakan pada 14 Julai 2014. Pn Siti Maziah Binti Malik, GPK Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar telah menyampaian hadiah kepada para pemenang.
9.0 PENUTUP
Lawatan Sambil Belajar ke Muzium TUDM, PSS SK Jalan Bellamy dan Muzium Diraja  berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Guru-guru pengiring  dan para peserta lawatan memberi kerjasama dan komitmen sepanjang lawatan berlangsung.

10.0     LAMPIRAN
Gambar-gambar aktiviti Lawatan Sambil Belajar ke Muzium TUDM, PSS SK Jalan Bellamy dan Muzium Diraja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...