Flipbook.

Wednesday, August 20, 2014

LAPORAN PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH SESI PETANG 2014

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1  Majlis Pelancaran Program NILAM 2014 Peringkat Sekolah

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh             : 13 Februari 2014 ( Khamis  )

Masa             : 1.00 petang – 2.10 petang

3.0 TEMPAT

3.1 Dewan Bestari Sekolah Kebangsaan Bangsar
4.0 OBJEKTIF

4.1.  Menjadikan murid  banyak  membaca( semua bidang , bahan berkualiti     dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
4.2  Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga  sekolah.
4.3 Menggerakkan  program  dan aktiviti galakan membaca
4.4  Meningkatkan minat membaca yang  berterusan
4.5 Memperkasakan pelaksanaan  Program  NILAM dengan penglibatan  yang lebih jitu oleh kalangan masyarakat
4.6. Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan
4.7. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan  yang sihat dan membina kekuatan minda
4.8. Melahirkan tokoh murid  yang  berketerampilan dalam bidang pembacaan
4.9.  Menampilkan murid  yang  mengamalkan ciri-ciri pembaca  yang  berkualiti
5.0     AJK PELAKSANA
JAWATAN KUASA PELANCARAN PROGRAM NILAM  2014
Pengerusi : Puan Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar
Naib Pengerusi : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Nor Shafina Binti Yasak – GPK HEM
Pn Norsilah Binti Dali-  GPKKokurikulum
Pn Tanma Rajasegaran a/p Rajasegaran – PenyeliaPetang
Penyelaras Sesi Petang :Pn Nor Asiah Binti Bidin
Setiausaha:Pn Cik Norhamizah Binti Omar
Bendahari:Pn Nik Nursuhada Bt Hamid
Buku Program :
Cik Hazirah Bt Mohd Jamil
Pn Siti Norfauzaliana Binti Abdul Rajab
Juruacara :
Pn Roziliana Binti Mat
Cik Noor Fazriana Bt Yaakub
Bacaan Doa :
Ustaz Abdul Halim Bin Tasliman
PA Sistem :
Encik Irwan Dani Bin Sulaimi
Encik Wan Rosdan Bin Wan Mustapha
Backdrop dan Hiasan Pentas :
Pn Mazlizawatey Binti MohdZain
Pn Wan Izyan Bt Wan Mahadi
Pn Norma Binti Yaakub
Cik Juanna Binti MohdZuki
Pn Roslina Binti Sa’id
Pn Mariati Binti Aman @ Abd Rahman
Pn Norhaslida Binti Khalid
Persiapan Dewan :
Encik Mohd Hanif Bin Anas
Encik Nik Anuwar Bin Nik Yaacob
Encik Ng Ka Biang
Encik Afiq Bin Nazaruddin
Disiplin:
Encik Mohd Ridzwan Bin Ibrahim
Encik Hafizuddin Bin Subarni
Encik Mohd Rizal Bin Abd Aziz
Encik Fahkri Bin Mohd Nor
Hadiah dan Sijil:
Pn Faraezah Bt Mohamad Kamal
Pn Nor Hasnizam Binti Md Nor
Pn Siti Hamidah Binti Bian
Persembahan :
Pn Noreliani Binti Zunus-Bahasa Melayu
Pn Roszaini Binti Mohd Zain
Pn Elis Afia Binti Osman
Encik Ruzaini Bin Ab. Razak- Bahasa Inggeris
Pn Yu Chooi Yoong
Pn Tengku Khairul Zahiah Bin Tengku Kamaludin
Encik Mastuki Bin Mahari – Koir Lagu NILAM
Cik Nurul Hayati Bt Bakar
Cik Nur Hafizah Binti Azman
Gimik Pelancaran :
Encik Amir Amzar Bin Mohd Rahman
Pn Norherlena Bt Abdul Karim
Pn Zuhaida Binti Zainal Abidin
Jurukamera :
Encik Zulkifli Bin Saad
Cik Ani Syaliza Binti Yunos
Dokumentasi :
Pn Juraidah Nadiah Binti Rahmat
Pn Norafaizah Binti Abdullah
6.0  AKTIVITI PELAKSANAAN
1.00 petang   Murid-murid berkumpul di Dewan Bestari
Guru-guru mengambil tempat
 1.10 petang  Ucapan Pengerusi Majlis – Juruacara
1.15  petang  Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Halim Bin Tasliman
1.20 petang   Taklimat  Program  NILAM  oleh Pn Nor Asiah Binti Bidin
1.35 petang   Ucapan Perasmian Pelancaran Program
                     oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah -  Guru Besar SK Bangsar
 1.45 petang  Majlis Penyampaian Hadiah
 1.55 petang  Persembahan murid
2.05 petang   Nyanyian Lagu  NILAM
2.10 petang   Bersurai
7.0      KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SK Bangsar


8.0      IMPAK

8.1 Mendapat  kerjasama  daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Majlis
     Pelancaran Program NILAM 2014 Peringkat Sekolah.
8.2 Dapat memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan
8.3 Mewujudkan daya usaha untuk persaingan  yang sihat dan membina semangat membaca di kalangan pelajar
9.0      LAPORAN
Majlis Pelancaran Program NILAM 2014  telah diadakan dengan jayanya pada 13 Februari 2014 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.
Taklimat Pelancaran Program NILAM 2014  telah disampaikan oleh Pn Nor Asiah Binti Bidin. Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan maksud NILAM iaitu singkatan daripada perkataan Nadi Ilmu Amalan Membaca  yang merupakan penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Ucapan Perasmian  Program NILAM 2014 telah  disampaikan  oleh  Encik  Mohd  Ali Bin Kasmun – GPK Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar  sekaligus merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau menasihatkan dan memberi peringatan kepada para pelajar supaya membiasakan diri dengan amalan membaca tidak kira di mana sahaja berada. Disamping itu, beliau menggalakkan para pelajar agar mengikuti dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah.
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan acara perletakan replika buku besar dan ditandatangani sebagai simbolik gimik Majlis Pelancaran NILAM yang dilaksanakan  oleh Encik Mohd Ali dan  Pn Tanma.
Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian daripada murid-murid tahun 2, persembahan berbalas pantun, Nyanyian lagu "Kawan Membaca” dan Nyanyian lagu "NILAM" yang disampaikan oleh ahli pusat sumber sekolah dan murid-murid tahun 3 yang terlibat. Majlis bersurai pada jam 2.10 petang.
10.0PENUTUP
Majlis ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya membaca dan
semangat  membaca dikalangan pelajar. Semoga dengan adanya program
seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar disamping  menjana
idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga sekolah
serta melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
11.0     LAMPIRAN
11.1   Gambar Pelancaran Program NILAM 2014  

Disediakan oleh :                                        


(PN JURAIDAH NADIAH BINTI RAHMAT)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...