Tuesday, August 26, 2014

LAPORAN PENUH PAMERAN BERTEMA PIALA DUNIA 2014

1.0 TAJUK PROGRAM 
1.1  Pameran Bertema Piala Dunia  
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN 
            26 Mei – 14 Julai 2014 
3.0 TEMPAT 
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar
4.0 OBJEKTIF
4.1       Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid tentang
permainan bola sepak,
4.2      Mengenali negara yang menyertai pertandingan bola sepak Piala    
     Dunia di Brazil.
4.3      Mengetahui pemain bola sepak yang paling banyak menjaringkan gol      
     sepanjang kejohanan Piala Dunia.
4.4     Belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam
    penganjuran pameran. 

5          AJK PELAKSANA
Penasihat                                    : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                       : Pn Siti Maziah Binti Malik- GPK Tadbir dan Kurikulum
Penyelaras                      : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                     : Pn  Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari                       : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Jurukamera                     :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK                                   : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                            Pn Zalina Binti Mohamad
                                            Pengawas Pusat Sumber
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
6.1       Sejarah bola sepak Piala Dunia
            6.2       Gambar pemain bola sepak
            6.3       Soalan kuiz terkumpul
            6.4       Pertandingan mewarna logo dan maskot
            6.5       Pengunjung bertuah murid dan guru
            6.6       Permainan bola kertas
            6.7       Permainan Xbox
     
7.0      IMPAK 
7.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Pameran 
Bertema Piala Dunia.
7.2 Murid mendapat ilmu sejarah Piala Dunia.
7.3 Murid mengenali maskot dan logo Piala Dunia 2014
7.4 Murid mendapat ilmu literasi maklumat melalui aktiviti kuiz Piala Dunia.
7.5 Murid mengetahui kemahiran permainan bola sepak.
8.0       LAPORAN
            Pusat Sumber SK Bangsar telah menganjurkan Pameran Bertema Piala Dunia. Antara aktiviti yang diadakan ialah maklumat Piala Dunia, buku Piala Dunia, pertandingan mewarna, kuiz, permainan dalaman bola kertas dan Xbox.
            Sambutan daripada murid-murid amat menggalakkan. Murid membaca buku dan bahan maklumat Piala Dunia. Murid mencari jawapan kuiz di sudut pameran Piala Dunia.
            Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar untuk sesi pagi manakala sesi petang oleh Pn Tanma a/p Rajasegaran Penyelia Petang bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar.
9.0 PENUTUP 
Pameran Bertema Piala Dunia telah  dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan daripada AJK Pelaksana dan Pengawas Pusat Sumber . Moga program ini memberi ilmu permainan bola sepak yang bermakna untuk warga SK Bangsar.
10.0     LAMPIRAN
Gambar-gambar dan nama pemenang Pameran Bertema Piala Dunia 2014.

 Disediakan oleh :                                        

..........................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)
PENYELARAS

                 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...