Wednesday, October 8, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM PERINGKAT NEGERI WPKL 2014

Tarikh : 8 Oktober 2014 (Rabu)
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Encik Zainuddin B. Haji Othman (Ketua Penolong Pengarah BTPNWPKL). Seterusnya, ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Datin Nawal Bt Salleh (Pengarah Pendidikan JPWPKL).
Penyampaian sijil telah diberikan kepada lapan kategori individu dan empat kategori Pendidikan Khas manakala piala dan sijil telah diberikan kepada Kategori Pusat Sumber Cemerlang dan Tokoh NILAM Negeri 2014.
Alhamdulillah Pusat Sumber SK Bangsar telah dinobatkan Johan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri WPKL.

Yang Berbahagia Datin Nawal Bt Salleh Pengarah Pendidikan JPWPKL bersalaman dengan AJK Kerja Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM Peringkat Negeri WPKL
Puan Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar telah menerima sijil penghargaan dan piala Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kategori Sekolah Rendah 2014.



Tokoh NILAM WPKL 2014


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...