MASA : 7.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT
: WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
ANJURAN : PANITIA
SEJARAH DENGAN
KERJASAMA UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR
KERJASAMA UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR
Persembahan
teater “FANTASI RAINFOREST” yang pertama bertaraf dunia,secara Eksklusif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Konsep
cerita ini yang berpusat pada hubungan istimewa antara manusia dan alam semula
jadi,mempamerkan pelbagai flora dan fauna di hutan hujan Malaysia,bersama suku
kaum asli yang tinggal di sana serta berinteraksi dengan persekitaran mereka.
Teater
ini mengisahkan kehidupan di dalam hutan hujan Malaysia dan merangkumi konsep
“cinta”, ”toleransi” dan ”harmoni” melalui peranan pemburu. Jalan cerita yang
bermula dengan keadaan harmoni di hutan hujan Malaysia,di mana orang asli dan
kehidupan liar yang tinggal bersama secara aman.
Walau
bagaimanapun,keharmonian itu kemudian dikacau oleh seorang pemburu yang
menceroboh serta memasang perangkap kepada haiwan yang menyebabkan nyawa
terancam.
Cerita
ini mewakili keharmonian di Malaysia- rakyat semua kaum hidup bersama dalam
keadaan aman dan menerima perbezaan antara satu sama lain yang akan
menghasilkan Malaysia yang indah.
Penonton
daripada semua peringkat umur akan teruja dengan persembahan kebudayaan yang
unik berserta aksi akrobatik bertaraf antarabangsa dan sebagainya.
2.0 MATLAMAT
Matlamat
lawatan ini ialah untuk meluaskan minda dan mengaplikasikan
pengetahuan,kemahiran dan kesedaran sivik terhadap persekitaran.
3.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh Lawatan :
19 September 2017 (Selasa)
Masa: 7.30 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat Lawatan : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan sekitar Putrajaya
4.0 SASARAN:
Murid-murid
Tahun 4 ,5 dan 6 : 40 orang
Guru
pengiring : 4 orang
5.0 OBJEKTIF
- Memupuk minat dan kesedaran murid dalam pelbagai bidang.
- Melahirkan murid yang kreatif,berdaya cipta dan berpandangan jauh.
- Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
- Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
- TENTATIF PROGRAM LAWATANBILMASAPERKARACATATAN1.7.30pagiBerkumpul di sekolahMendengar taklimat2.8.00 pagiBertolak ke Putrajaya3.9.00 pagiMelawat
- Dataran Putra
- Masjid Putra
- Kompleks Pejabat Perdana Menteri
-Literasi
Maklumat-Bergambar4.10.00 pagiMelawat Taman Botani-Literasi
Maklumat5.11.30 pagi- Tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya- Makan tengah hari6.12.30 tengah hariMenikmati Petunjukkan Fantasy RainforestLiterasi Maklumat7.2.00 petangMelawat Taman WetlandLiterasi Maklumat8.3.00 petangSolat dan bertolak balik ke sekolah9.4.00 petangTiba di sekolah - Dataran Putra
No comments:
Post a Comment