Flipbook.

Sunday, April 29, 2018

KURSUS PROSES TEKNIK BUKU PENGAWAS TAHUN 5 2018

Tarikh : 2 Mei 2018 - Rabu
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar
Penceramah : Cik Norhazalina Binti Hashim

Kursus Proses Teknik Buku ini dirancang untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pengawas-pengawas dalam kerja-kerja di pusat sumber seperti memproses bahan, dan mengumpul maklumat bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran sekolah di samping mewujudkan Pengawas Pusat Sumber yang kreatif, berkarisma, berdedikasi dan berdisiplin.
Objektif :
1. Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan dan keyakinan diri dalam menjalankan tugas.
2. Membentuk sikap positif dalam kalangan Pengawas PSS.
3. Menambah pengetahuan proses teknik buku dan sistem automasi S-Lib.




Pendaftaran, slot ceramah "Kepimpinan Pengawas PSS Cemerlang, Proses Teknik Buku dan Sistem Automasi S-Lib
Minum pagi

Aktiviti kumpulan :
1. Proses Teknik Buku Baharu
2. Proses Buku Baharu dalam sistem automasi S-Lib
Cik Norhazalina menunjukkan cara untuk proses teknik buku baharu. Mengecap hak milik , nombor perolehan dan pengkelasan.
Cik Mohana Priya menerangkan cara memilih artikel majalah untuk bahan bacaan Program NILAM.
21 orang Pengawas PSS Tahun 5

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...