Flipbook.

Thursday, January 2, 2020

RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6

TEMA
KOMUNITI PRIHATIN
TAHUN
6 BAKAWALI
TAJUK
Dahulu dan Sekarang
MASA
9.30 – 10.30 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN
3.5.2
Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dalam bentuk grafik
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
  i.       Mencatat 5 maklumat dalam peta pemikiran berdasarkan petikan.
AKTIVITI
1.Murid melihat gambar sekolah yang dipaparkan oleh guru.
2. Murid bersoal jawab tentang gambar yang diberi.
3. Murid membaca petikan secara kumpulan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
4. Murid menyatakan maklumat yang dibaca secara sumbang saran.
5. Murid diberi penerangan tentang peta pemikiran i-THINK buih berganda.
6. Murid diberi kertas sebak dan alat tulis untuk membina dan mencatat maklumat dalam peta pemikiran.peta i-THINK buih berganda dalam kumpulan.
7. Murid membentangkan hasil kerja kumpulan.
8. Murid mencatat  kata adjektif yang terdapat dalam petikan di papan tulis.
9. Murid menyanyikan lagu sekolah
10. Murid merumuskan isi pelajaran.
Pemulihan
Murid mengisi tempat kosong berdasarkan kata adjektif yang diberi.
Pengayaan
Murid mencatat maklumat berdasarkan petikan dalam bentuk peta pemikiran i-THINK buih berganda.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu  :  Sejarah
Nilai  :  Bekerjasama, kesyukuran
EMK :  TMK
KB    :  Membanding beza
BCB  :  Bacaan Mentalis     
BAHAN BANTU BELAJAR
LCD, gambar, power point, lirik lagu, audio, pembesar suara, kertas sebak dan alat tulis
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat mencatat maklumat dalam bentuk peta pemikiran i-THINK buih berganda.
REFLEKSI
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...