Tahniah diucapkan kepada murid-murid dan guru-guru yang telah memenangi ucapan terbaik raya Buletin Raya 2012. Terima kasih kerana memberi sokongan dengan penerbitan Buletin Raya 2012. Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.
Kategori Murid Sesi Pagi
1. Nur Nafisah Bt Ibrahim - 6 Inovatif
2. Aziah Bt Sonan - 4 Responsif
3. Siti Aminah Bt Mansor - 6 Dinamik
4. Rusydina Adilah Bt Rashid - 6 Dinamik
5. Nur Izlyn Shameer Bt Suzaimi - 5 Efektif
6. Intan Nor Fatehah Bt Mohd Jamal - 6 Inisiatif
7. Nurul Amiera Bt Samsul Irwan - 6 Kreatif
Kategori Murid Sesi Petang
1. Wan Muhd Afiq Bin Wan Muzamil - 3 Kreatif
2. Nur Elyssa Natasha Bt Samsul Irwan - 3 Inovatif
3. Siti Nur Syahin Bt M. Rizal - 2 Optimal
Kategori Guru Sesi Pagi
1. Pn Nafisah Bt Yaacob
2. Cik Suzana Bt Abdullah
3. Pn Hamidah Bt Hashim
4. Encik Ruslan Bin Basri
5. Encik Naharudin Bin Mahpot
Kategori Guru Sesi Petang
1. Encik Mohd Hafiz Bin Saad
2. Pn Nornadiah Bt Senin
3. Encik Nik Anuwar Bin Nik Yaacob
4. Pn Mazlizawatey Bt Mohd Zain
5. Pn Roszaini Bt Md Zain
Flipbook.
Showing posts with label BULETIN RAYA 2012. Show all posts
Showing posts with label BULETIN RAYA 2012. Show all posts
Sunday, August 26, 2012
Friday, August 10, 2012
BULETIN RAYA PSS 2012
Assalammualikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapatlah kiranya kami menerbitkan Buletin Raya PSS Edisi Aidilfitri khas 2012 buat warga SK Bangsar. Penerbitan edisi istimewa bagi tahun ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim selain memberi ruang dan peluang buat warga SKB dalam menyampaikan ucapan bersemperna dengan kehadiran bulan Syawal.
Biarpun menghadapi kengkangan masa, namun berkat kerjasama barisan pentadbir, AJK Pusat Sumber, guru-guru, para kakitangan serta murid-murid SKB maka inilah hasil atau wardah yang dapat direalisasikan. Terbit jua rasa kekesalan di hati kerana tidak dapat menyediakan ruang ucapan yang mencukupi khasnya buat warga guru dan kakitangan SKB disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat diatasi.
Di kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat salah, silap dan terlanjur bicara selama ini. Semoga berbahagia bersama keluarga tersayang. Akhir kata daripada saya serta warga AJK PSS SKB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Ceria selalu.
Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri;
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri.
'Salam Aidilfitri, maaf zahir batin'
Syawal menjelma di Aidilfitri;
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri.
'Salam Aidilfitri, maaf zahir batin'
Ikhlas :
Cik Norhazalina Bt Hashim
Guru PSS Sesi Pagi
Alhamdulillah, bersyukur kita diatas limpah KurniaNya, akhirnya buletin raya dapat dihasilkan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua. Dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H dengan harapan kita telah pun menyempurnakan puasa di bulan Ramadan. Semoga kehadiran Syawal pada tahun ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita. Saya juga mengambil kesempatan ini juga untuk saling bermaafan sesama kita.
Berjabat salam rindu diakrabi,
Senyum ikhlas jujur mengiringi;
Salah dan silap mohon dimaafi,
Bekalan ke akhirat sebelum mati.
Senyum ikhlas jujur mengiringi;
Salah dan silap mohon dimaafi,
Bekalan ke akhirat sebelum mati.
Burung undan di pucuk meranti,
Merenung laut ikan dinanti;
Rahmat Ramadan kita penuhi,
Aidilfitri tanda jiwa mensyukuri.
Merenung laut ikan dinanti;
Rahmat Ramadan kita penuhi,
Aidilfitri tanda jiwa mensyukuri.
Ikhlas :
Pn Nor Asiah Bt Bidin
Guru PSS Sesi Petang
ruangan peraduan mewarna
ucapan raya murid-murid
maklumat dan ucapan raya guru-guru
cover belakang
Subscribe to:
Posts (Atom)






